Nak Offer Blogger Pun Agak-agak La Biar Win-Win
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Nak Offer Blogger Pun Agak-agak La Biar Win-Win

Sudah beberapa kali MrJocko terima jemputan advertorial dan sponsored post seperti ini. Mulanya malas nak kongsi tetapi lama-kelamaan ia masih lagi berlaku. Tawaran advertorial untuk sponsored post yang sebenarnya cara mengeksploitasi seorang blogger secara tidak adil. Nak Offer Blogger Pun Agak-agak La Biar Win-Win.

 

Kenapa tidak adil? Selalunya bila sesebuah syarikat mengupah agent atau Public Relation company untuk tugasan promosi seperti ini, mereka semestinya mereka menerima budget yang agak besar dari syarikat yang mahu menggunakan khidmat promosi sesebuah produk atau servis tertentu. Jadi sekiranya mereka menerima bayaran, apa salahnya sedikit bahagian bayaran itu diberikan kepada blogger yang membuat advertorial tersebut?

 

Salah Guna Blogger

Nak Offer Blogger Pun Agak-agak La Biar Win-Win

 

Bukan demand atau jual mahal, kalau tawaran sponsored post seperti ini biasanya seorang blogger akan menerima tawaran sekitar RM100 ke RM500. Ini tidak, ada ke patut tawaran payment hanya RM60 prepaid Celcom dan ‘peluang’ menang Tiket Konsert Alicia Keys sahaja???

 

Buat wakil atau syarikat PR yang membuat tawaran tersebut, jangan la terlalu kedekut dan menganiaya blogger seperti ini. Ia sangat tidak professional bila menggunakan kesempatan dan dalam istilah seperti menangguk di air yang keruh terhadap kami seorang blogger.

 

Bukan nilai RM60 itu kecil, tetapi ia datang dengan prepaid dan untuk peluang menang tiket Alicia Keys pun, ia masih samar-samar. Ini bukan payment, ini dinamakan “token” atau saguhati. Ntah-ntah dua-dua prepaid dan tiket Alicia Keys tu mereka tak keluar sesen pun, ia datang dari penaja. Kalau cam tu, memang agent atau PR tersebut goyang kaki dan untung atas angin.

 

Harap benda ni tak berlaku lagi kerana malas nak dedahkan nama wakil PR tersebut. Kami blogger pun bukan nak demand, nak cari gaduh atau nak cari musuh. Oleh sebab itu, bila buat tawaran, biarlah berpada dan Win-Win situation bak kata Eyriqazz.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.