GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Menu Beef Burger Di Restoran Wondermama Bangsar Village

Semalam, MrJocko menunggu kawan dan juga klien di kawasan Bangsar Village. Kebetulan dah sampai sini, harus cari tempat makan best sementara menunggu klien datang. Perut pun lapar, jadi lokasi restoran tujuan ialah Restoran Wondermama Bangsar Village. Kat Wondermama memang banyak menu sedap.

Pernah la beberapa bulan lepas singgah di Restoran Wondermama Bangsar dengan rakan kerja Public Mutual. Masa tu MrJocko mencuba menu Nasi Goreng Daging yang memang sedap. Tambah pula dengan minuman Pandan Layer memang sangat sendap.

Restoran Wondermama Bangsar Village

Restoran Wondermama Bangsar Village
Restoran Wondermama Bangsar Village

 

Nampak tak senarai menu makanan di Wondermama Bangsar Village ni. Semua nampak sedap-sedap belaka. Tapi kalau lihat kat harga, boleh telan air liur beberapa kali 🙂

 

Restoran Wondermama Bangsar Village

 

Tetapi kali ini MrJocko cuba menu ringkas iaitu Beef Burger. Untuk set beef burger di Wondermama ini berharga RM15.80 dan pelengkapnya ialah Hot Chocolate berharga RM8.00. Portion beef burger Wondermama tak la besar sangat tetapi ia mengenyangkan. Ada side kentang goreng dan juga sos kuah yang sedap, Yum Yum,,,

Rasa daging seperti diadun dan dibakar seperti rasa burger bakar, tetapi lebih unik mungkin kerana campuran sos tertentu. Sedap dan memang terbaik. Tak besar sesuai dengan saiz perut dan diet makan MrJocko. Ingat nak cuba benda lain, sekali dah tak larat. Rasa beef burger Restoran Wondermama Bangsar Village yang memang sedap.

Rasanya untuk menu di Wondermama Bangsar Village ini berbaloi untuk korang cuba. Menu makanan di sini walaupun ada menu western, tetapi pilihan seperti nasi goreng daging dia memang terbaik. Sampai sekarang MrJocko akui, nasi goreng daging di sini antara nasi goreng terbaik pernah MrJocko cuba. Memang sedap… http://www.mrjocko.com/2013/08/nasi-goreng-daging-di-wondermama-bangsar.html

Mungkin ada beberapa menu di sini nampak macam mahal, tetapi jangan risau, menu yang dijual di sini memang berbaloi dari segi kualiti dan rasa. Pengalaman makan di sini juga kira lain dari restoran lain. Rekaan dalaman mesti akan buat korang rasa tenang bila makan. Baru la dapat enjoy menu makanan sedap di Restoran Wondermama Bangsar Village.

Glamorous MrJocko

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.