GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pelancaran Freeport AFamosa Outlet Village Melaka

Freeport Retail, sebuah syarikat pemaju dan operator yang mengenengahkan konsep outlet retail yang terkenal di Eropah kini bersama-sama Langkah Realliti Sdn Bhd, anak syarikat penuh Kumpulan A’Famosa akan membangunkan sebuah kawasan pusat membeli belah yang dinamakan Freeport AFamosa Outlet Village di A’Famosa Resort, Melaka. Ia merupakan satu kerjasama yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Melaka untuk pembangunan dan kemajuan Negeri Melaka pada masa akan datang.

Oleh yang demikian pelancaran Freeport AFamosa Outlet Village ini disaksikan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Y.A.B Datuk Seri Ir Hj Idris Hj Harun bertempat di Casa del Rio Hotel Melaka. Projek ini dijangka akan memulakan kerja-kerja pembinaan seawal March 2014 dan dijangka menelan kos sebanyak RM190 juta di kawasan seluas 310,000 kaki persegi di A’Famosa Resort, Melaka.

Secara kasar, Freeport A’Famosa Outlet Village ini akan mempunyai rekaan senibina projek Malaysia – British dan ia mampu memberikan tarikan rekaan bangunan yang cantik dan menarik. Bermakna, ia akan menjadi tarikan dalam pelbagai aspek termasuk rekaan landskap bangunan Freeport A’Famosa yang menarik.

Apabila siap pada Fasa 1 pada April 2015, dalam Freeport AFamosa Outlet Village ini akan mempunyai pelbagai butik dan outlet kedai yang menjual barangan berjenama dari luar negara dengan harga yang murah menawarkan diskaun sehingga 70% lebih murah dari harga jualan biasa untuk market pasaran Melaka dan umumnya Malaysia.

Dalam Fasa 1 akan terbina sebanyak 81 lot outlet jenama terkenal antarabangsa termasuk 19 restoran dan gerai makanan dan restoran makanan segera, ruang pameran serta keluasan 1,200 ruang parkir untuk keselesaan pengunjung.

Nampaknya menjelang pertengahan tahun 2015, Freeport A’Famosa Outlet Village bakal menjadi tarikan utama dengan tarikan lokasi pusat membeli belah barangan berjenama antarabangsa yang paling dekat dan strategik, cuma sekitar 55 minit pemanduan dari Kuala Lumpur dan berdekatan dengan bandaraya bersejarah Melaka.

Kalau ini semua dah siap, sudah pasti A’Famosa Resort dan Freeport AFamosa Outlet Village akan menjadi tarikan utama pelancong dimana mempunyai tarikan seperti Resorts dan Hotel, Old West Town (Cowboy Town), Taman Tema Air A’Famosa dan Safari World A’Famosa dan terkini pusat membeli beli terkemukan Freeport A’Famosa.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.