GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sponsor BlooggersTV November 2013

Alhamdulillah, esok kami Blooggers akan mengadakan acara Blooggers TV bertempat di Khadijah’s Kitchen Setapak. Projek kerjasama sempena dengan pelancaran Video Brosur bersama Blooggers sudah lama kami rancang dan InsyaAllah akan berjalan lancar esok.
Setakat hari ini banyak sponsor yang setuju untuk bekerjasama dengan kami. Terima kasih kepada Cheez & Choc dan Idea Master kerana sudi taja goodies untuk jemputan kami esok. Sekarang kami sudah ada penaja Cheese Cake dan Mug serta Non-Woven Bag untuk event esok.
Kami masih lagi menunggu tajaan dari Car Sticker, Rilgis, CoklatManis dan juga CellAds untuk esok. InsyaAllah kami Blooggers akan berkongsi info tentang penaja-penaja kami kemudian hari. Hari ini, kami, Farid Laham, Farisya, Syukri dan Nizam Ijam sibuk dengan urusan admin dan persiapan akhir untuk eaok. Doakan semua berjalan lancar.
Kami sudah bersedia untuk menerima hampir 30 blogger dari Blooggers dan jugak 20 media yang akan datang ke majlis esok. Majlis Pelancaran Video Brosur bersama Blooggers esok akan meninggalkan sejarah dan titik tolak perjalanan kami sebagai Komunit Bloogger terbaik di Malaysia.
Bagi yang sudah confirm ke BlooggersTV esok, jangan lupa, datang dan enjoy majlis kami. Sokongan anda adalah kekuatan kami.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.