Gambar 3 Buah Lamborghini Eksiden Hangus Terbakar
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Gambar 3 Buah Lamborghini Eksiden Hangus Terbakar

Antara berita yang dikongsi hari ni kat Facebook ialah gambar 3 buah kereta Lamborghini yang katanya ‘accident’ di lebuhraya Seremban Port Dickson dan kesemuanya hangus terbakar. Gambar Lamborghini terbakar ni, MrJocko dapat dari perkongsian member dari Group Whatsapp.

Sekali tengok, tak nampak pun kesan kemalangan yang teruk remuk seperti kemalangan kereta yang biasa. Ada nampak kesan pecah, tetapi rasanya tak la teruk. Cuma nampak kebakaran dan api marak dari kereta Lamborghini warna Jingga dan merebak ke Lamborghini warna Hitam dan Hijau.

 

 

Sayang bila tengok kereta mahal Super Cars seperti Lamborghini ini terbakar kerana harganya yang sangat mahal. Bukan senang nak pakai kereta mahal dan eksklusif seperti Lamborghini ni. Nampak plet kereta, seperti kereta dari negara jiran Singapura. Mungkin ketiga-tiga kereta ini dalam konvoi menuju ke Port Dickson agaknya.

Dari mata kasar, rasanya pemandunya selamat kerana tak nampak kesan remuk yang teruk. Biasalah, kalau pakai kereta mahal, safety features dia lebih banyak berbanding dengan kereta kebanyakkan seperti yang kita pakai. Sebab itu Mrjocko nak kumpul duit banyak-banyak nak beli kereta mahal.

Camana dengan Bro Terbaek dan Cik Farisya pulak??? Nanti ikut MrJocko dan Jaymie ke Auto Bavaria beli Mini Coopers yer,,,

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

   
RSS
Instagram