GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Harga Tiket Kereta Kabel Bukit Bendera Pulau Pinang

Mungkin ada yang belum berkesempatan untuk singgah di Bukit Bendera atau Penang Hill. Kalau anda sudah berada di Pulau Pinang, tidak lengkap lawatan anda kalau tidak ke Bukit Bendera. Kereta kabel Bukit Bendera adalah merupakan lokasi wajib kepada semua pelancong untuk pengalaman berada di puncak tertinggi di Pulau Pinang dan menikmati pemandangan Pulau Pinang dari puncak.

Lokasi Kereta kabel Bukit Bendera tak jauh dari pusat bandar dan anda boleh menaiki bas awam atau menaiki teksi untuk ke sana. Nak lagi mudah, boleh pandu kereta sendiri dan parkir di kawasan yang disediakan.

Harga Tiket Kereta Kabel Bukit Bendera

 

tiket+kereta+kabel+bukit+bendera+01

tiket+kereta+kabel+bukit+bendera+02

tiket+kereta+kabel+bukit+bendera+03

Harga tiket kereta kabel untuk naik ke Bukit Bendera, Pulau Pinang ialah Dewasa dan Warga Emas RM8.00, Kanak-kanak umur 4 – 12 tahun dan Pelajar RM4.00. Untuk Pakej Keluarga 2 Dewasa 1 Kanak-kanak RM17.00, Pakej Keluarga 2 Dewasa 2 Kanak-kanak RM18.00 dan Pakej Keluarga 2 Dewasa 3 Kanak-kanak RM19.00.

Untuk bukan pemegang MyKad, mereka dikenakan tiket Dewasa RM30.00 dan Kanak-kanak RM15.00. Mereka juga boleh mendapatkan pakej keluarga bermula dari RM65.00 sehingga RM75.00. Pun begitu, untuk semua warga istimewa dan orang kurang upaya (OKU) mereka dikecualikan dari sebarang bayaran tiket.

Baca : Ada lagi Tempat Best di Pulau Pinang

Ada banyak aktiviti lain dan tarikan di Bukit Bendera Pulau Pinang seperti taman mini, bergambar bersama ular, peluang memotret lukisan jalanan, cafe dan restoran dan banyak lagi. 

Jika anda ingin menaiki kereta kabel Bukit Bendera, sebaiknya singgah di hari biasa dari Isnin hingga Jumaat. Biasanya waktu ini tidak ramai pengunjung dan waktu menunggu tidak lama. Jika hari Sabtu dan Ahad, bersedia untuk menunggu kerana kebiasaannya waktu ini ramai pelancong dari dalam dan luar Malaysia singgah di Bukit Bendera Pulau Pinang

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.