GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Partner Terbaik MrJocko Dalam Business

Alhamdulillah, ini tahun keempat MrJocko dalam perniagaan Francais Kewangan : Unit Amanah di bawah jenama Public Mutual. Setakat hari ini, MrJocko mempunyai 24 rakan perniagaan termasuk 4 orang yang buat sepenuh masa. Yang lain masih lagi belajar dengan penuh semangat dan secara sambilan. 

 

Minggu lepas kami buat makan-makan sikit dan penyerahan Token Hadiah sempena meraikan rakan business MrJocko untuk tempoh setahun, Januari – Disember 2013. Alhamdulillah ada antara mereka yang berjaya dapatkan Trip 1 ke Ho Chi Minh tahun depan dan ada antara mereka buat sales RM200,000 dalam satu cek dan seorang klien.

 

Best Recruiter dimenangi oleh Bro Helmi, Part Timer yang berjaya recruit lebih 10 downlines dibawah kendalian beliau. Bro Helmi juga berjaya untuk Trip 1 ke Ho Chi Minh, Vietnam bagi tahun 2014 nanti. Mamat ni memang terbaik dan skang dah jadi orang kanan MrJocko.

 

Best Sales Producer dimenangi oleh Mimie Jamaluddin, baru berumur 25 tahun dan fresh graduate. Berjaya dapatkan sales terbesar setakat ini dalam satu cek, RM200,000 dengan hanya seorang klien sahaja. Mimie pun nampaknya InsyaAllah berjaya dapatkan Trip 1 ke Ho Chi Minh, Vietnam untuk NSC Trip 2014 nanti.

 

Yang lain, rakan business MrJocko pun banyak yang tunjukkan effort yang bagus. Semangat untuk dapatkan pendapatan sampingan membawa mereka ke business ini. InsyaAllah, tahun 2014 nanti, MrJocko akan cuba lakukan yang terbaik untuk Emperor Agency.

 

Kami, sentiasa menjemput dan mengalu-alukan mereka yang berminat mencari peluang dalam karier sebagai Perunding Kewangan. Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi, InsyaAllah, jika kena cara anda juga boleh jadi hebat seperti MrJocko dan rakan-rakan lain. Banyak tawaran menarik, tetapi yang paling menarik minat MrJocko ialah tawaran NSC Trip ini.

 

Berminat untuk cari peluang kedua dalam jana income sambilan, jangan malu-malu untuk hubungi MrJocko.

 

 

Partner Terbaik MrJocko Dalam Business

 

Partner Terbaik MrJocko Dalam Business

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.