GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Bateri Sel Kering Kereta Tahan Berapa Lama

Korang tahu tak, Bateri Sel Kering Kereta Tahan Berapa Lama? Semalam, bateri kereta Kia Forte MrJocko akhirnya sudah kehabisan POWER. Bateri sel kering kereta jenama Century DIN55L ini MrJocko beli dan guna sejak 9 November 2011 lagi. Bermakna, bateri sel kering kereta MrJocko bertahan sehingga 2 tahun 3 bulan.

Seingat masa beli, harga bateri sel kering ini sekitar RM220 sahaja. Oleh kerana sudah digunakan melebihi tempoh penggunaan biasa iaitu 1 tahun, ia bagaikan satu bonus kepada kereta MrJocko. Sangat berbaloi guna bateri kereta jenama ini.

Baca : Servis Kereta Murah dan Mudah Di DTox Drive Thru



Bateri Sel Kering Kereta

bateri-sel-kering-kereta-01
Bateri Sel Kering Kereta
 

Memandangkan bateri jenis sel kering ini tak boleh di’recharge’, jadi bila powernya dah tiada, tiada pilihan lain melainkan buang sahaja dan perlu diganti dengan bateri kereta yang baru.

Jika ditanya bateri sel kering kereta bolen tahan digunakan sehingga berapa lama, MrJocko akan tetap cakap, setahun sahaja. Ini kerana rata-rata pengguna bateri sel kering boleh guna bateri tu dalam masa lebih kurang setahun. Cuma MrJocko jer guna sampai 2 tahun 3 bulan. Ia satu kes terpencil kot…

Ada yang lebih suka menggunakan bateri kereta sel basah dan ada yang suka guna bateri kereta sel kering. Terpulang kepada anda kerana anda apa persepsi masing-masing. Seeloknya, cari jenama bateri yang memang terbukti dan servis kenderaan anda dengan cara berkala dan mengikut jadual.

InyaAllah, kenderaan anda akan sentiasa berada di dalam kondisi terbaik. Itu kalau kebiasaannya. Kalau ada tiba-tiba malapetaka, tak boleh nak cakap apa.

Kalau di Malaysia, emergency pasal masalah bateri kereta boleh cuba layari http://bateriku.com

Nak beli kereta baru yang harga bawah RM100,000? Ini senarai 5 kereta sedan terbaik di Malaysia http://www.mrjocko.com/2014/01/kereta-sedan-terbaik-bawah-harga-rm100000.html

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.