GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Gambar Kereta Rasmi Obama Naik Kapal Terbang

Sejak beberapa minggu lepas, ramai dah kecoh pasal Obama, Presiden US nak datang Malaysia. Sebab apa Obama datang Kuala Lumpur, tak ramai yang tahu. Ia mungkin lawatan Rasmi biasa seorang Presden US ke negara-negara Asia. Yang pasti, ramai yang mungkin nak lihat Kereta Rasmi Obama yang akan melalui jalan-jalan sekitar di Kuala Lumpur.

 

 

Kereta Rasmi Presiden Amerika Syarikat

 

Esok, Presiden Amerika Barrack Obama akan singgah di Malaysia esok, 26 April 2014 sempena lawatan beliau ke Malaysia selama 3 hari dengan menaiki Air Force One. Di samping itu, beliau juga akan membawa kereta rasmi beliau bagi tujuan lawatan tersebut.

 

Kereta Rasmi Presiden Amerika SyarikatKereta Rasmi Presiden Amerika SyarikatKereta Rasmi Presiden Amerika Syarikat

 

Spesifikasi Kereta The Beast, US President Official Car

Kereta Rasmi yang  digelar “The Beast”,”Cadillac One”,”Limousine One”, “Kereta Pertama” atau dinamakan “Stagecoach” adalah kereta rasmi negara Presiden Amerika Syarikat.

Model kereta Presiden ialah Cadillac yang unik dibina di atas platform trak sederhana. Kereta ini dilengkapi dengan banyak ‘features’ dan langkah-langkah pertahanan serta dibina untuk piawaian Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat. Apabila Presiden berada di dalam kereta negeri ini, beiau terputus daripada dunia luar, tetapi mempunyai gear komunikasi abad ke-21 yang terbina di dalamnya. Antara yang menarik, ia kalis peluru dan juga kalis bom.

Gambar eksklusif ini menunjukkan betapa hebatnya Presiden Amerika Syarikat yang bernama Barrack Obama ini. Beliau nampaknya membawa sendiri kereta Rasmi beliau untuk lawatan menaiki kapal terbang khas.

Tunggu dan lihat sendiri kereta rasmi Obama di Malaysia dan anda akan teruja dengan kereta rasmi yang bernilai lebih RM1 juta ini dan penuh dengan ciri keselamatan.

Adakah kereta Rasmi Presiden Amerika Syarikat ini akan dapat dilihat di Malaysia nanti?

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.