GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Harga Mangga Harum Manis Perlis Yang Mungkin Korang Nak Tahu

Pernah makan mangga harum manis? Nak tahu Harga Mangga Harum Manis Perlis?Kalau di sebut Negeri Perlis, ramai yang akan kaitkan negeri kecil ini dengan produk buah Mangga Harum Manis yang sangat sedap. Mangga Harum Manis yang berwarna oren ini memang manis, berjus dan sangat sedap. Setiap tahun, bila tiba musim buah harum manis, ramai yang akan tercari-cari buah mangga yang sedap ini.

Bagi peminat buah buahan tempatan, buah Mangga Harum Manis antara buah yang paling berharga dan bernilai untuk produk buah-buahan tempatan di Malaysia.

 

Harga Mangga Harum Manis Perlis
Harga Mangga Harum Manis Perlis

 

Tapi anda tahu tak berapa harga bagi setiap kilo buah mempelam harumanis atau mangga Harum Manis Perlis ni? Ada peniaga yang rata-ratanya menjual buah mempelam atau mangga Harum Manis ini dengan harga RM20 setiap kilogram, malah ada yang lebih mahal dari harga itu.

Harga Mangga Harum Manis Perlis

Memang harga buah mangga Harum Manis ni mahal kerana susah nak dapat dan kualiti buahnya memang sedap. Jangan terkejut jika di musim cuti sekolah nanti atau sekitar bulan Mei 2014 harga buah mangga Harum Manis ini akan mencecah RM30 bagi setiap kilogram. Kalau anda dapat harga buah mangga Harum Manis di bawah harga RM20 sekilogram bermakna anda dapat harga yang murah. Beli la, jangan tawar menawar lagi.

Jadi sesiapa yang ada ladang buah mangga Harum Manis, musim ni adalah musim untung jual buah mangga la nampaknya. Masyuk…p/s : ingat tahun 1995 masa jual buah mangga harum manis, cuma RM5 – RM6 jer sekilogram

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.