GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Shopping Mall Terminal 1 Seremban Kenangan Masa Remaja

Shopping Mall Terminal 1 Seremban Kenangan Masa Remaja. Semasa MrJocko menunggu keputusan Peperiksaan SPM pada tahun 1996, MrJocko sempat ulang alik dari Kelantan ke Negeri Sembilan. Lokasi yang selalu singgah ialah di Seremban. Bila sebut pasal Seremban, paling terkenal ialah Stesen Bas dan Shopping Centre di Terminal 1, Seremban.

Terminal 1 Seremban
Terminal 1 Seremban

 

Baca : Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Shopping Mall Terminal 1 Seremban

Bangunan Terminal 1 ni banyak kenangan masa MrJocko muda-muda dulu. Masa tu tempat nak dating atau usha awek, tempat selalu ada showcase, tempat senang nak pergi ialah Terminal 1, Seremban.

Pernah la beberapa kali dating dengan awek Seremban kat Terminal 1. Boleh lepak makan kat KFC, tengok wayang dan senang nak ambik bas balik rumah, hahaha…

Sekarang Terminal 1 Seremban dah tinggal kenangan. Dah lama tak masuk ke dalam, entah tempat ni masih happening macam dulu atau dah suram? Kalau 15 tahun dulu kat sini memang pusat tumpuan orang Seremban, sekarang camana? Ada orang Seremban kat sini?

Info Tentang Terminal 1 Shopping Mall

TERMINAL ONE adalah hiburan keluarga utama dan pusat membeli-belah yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Seremban. Ia terletak hanya 3 minit dari Lebuhraya Utara-Selatan Seremban dan bersebelahan dengan stesen keretapi utama.

Di sini ada kedai-kedai khusus kecil ke kedai besar termasuk Parkson, Giant, Popular, Golden Screen Cinema dan kedai makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Pizza Hut, pelbagai kafe Kopitiam, Medan Selera yang selesa dan Mahkamah Makanan Joreka.

Pusat Membeli Belah Terminal One ini bukan ada itu sahaja. Ia juga menawarkan pilihan pusat mudah alih yang sangat baik yang menawarkan pelbagai kedai menjual telefon bimbit, komputer dan perisian. Butik jualan pakaian Lelaki dan Wanita Fesyen Ware, Kecantikan dan kesihatan juga merupakan sebahagian daripada gaya hidup di pusat membeli belah ini.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.