Rasa Pepero Asli dari Seoul Korea Selatan
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Rasa Pepero Asli dari Seoul Korea Selatan Yang Sedap

Produk kudapan jenama Pepero memang agak terkenal di Malaysia. Stick gandum yang disalut coklat ini memang sedap, memang disukai kanak-kanak dan dewasa. Itu lah Pepero Asli dari Seoul Korea Selatan. Kenapa tiba-tiba jenama Pepero ini semakin terkenal? Mungkin pengaruh TV dan cerita Korea.

Ada dua jenis Pepero yang MrJocko jumpa di Korea. Satu Pepero Merah dan satu lagi Pepero Hijau perisa Almond. Yang jenis size besar ini menjadi pilihan anak-anak MrJocko. Yang jenis ni berharga sekitar KRW4,800 dan MrJocko beli di Outlet berdekatan dengan Airport Incheon.

Pepero Asli Dari Seoul 

Pepero dari Korea

Pepero Original dari Korea

 

 

Ada banyak produk lain yang agak terkenal di Korea tetapi tak masuk ke market Malaysia. Jadi tak berani la nak beli. Pepero Asli Dari Seoul ni MrJocko beli selepas beberapa kali tanyakan Tourist Guide dan juga staff kedai kat sana. Katanya produk yang dijual adalah halal. Lagipun di Korea mereka mengamalkan makanan berasaskan tumbuhan dan bukan haiwan.

 

Jenama Pepero Asli Dari Seoul di Korea memang tak berapa terkenal sangat, kerana ada produk lain seumpamanya lebih terkenal. Apa pun memang jenis Pepero ni sedap. Patut la budak-budak suka makan Pepero Korea ni.

Ada beberapa lagi jenis Pepero yang menjadi pilihan. Ada yang berwarna merah dan juga ada yang berwarna putih. Paling popular, Pepero warna Hijau. InsyaAllah, kalau ke Korea, akan cari Pepero jenis lain pulak untuk di cuba. Harap-harap Pepero yang ni adalah Pepero Halal untuk kami makan 🙂 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.