Bakat Semulajadi Berniaga Hasya Dan Khalish
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Bakat Semulajadi Berniaga Hasya Dan Khalish

Baru 2 hari lepas, MrJocko belikan set Rubber Loom Band untuk Khalish dan Hasya sebagai koleksi mainan fesyen untuk mereka, masing masing dah pasang idea yang memang MrJocko tak sangka. Oleh kerana, si Kakak, Khalish asal kenal dengan Rainbow Loom Band ini dari kawannya dengan membeli satu gelang getah Rainbow Loom band ini dengan harga RM1.50. Jadi, si Khalish dan Hasya nak buat banyak-banyak dan jual untuk dapatkan duit extra.
Jadi semalam masing-masing siapkan beberapa gelung getah Rainbow Loom Band untuk dijual di sekolah. Hasilnya, si Hasya berjaya jual kesemua 4pcs Rainbow Loom Band dan si Kakak Khalish berjaya jual 3pcs Rainbow Loom Band.
Nampaknya, ada bakat berniaga dalam diri anak-anak MrJocko. Paling ketara si Hasya yang makin pandai nak jual itu dan nak jual ini. 
Harap lepas ni masing-masing boleh jadi businesswomen yang berjaya,,, Amin. 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.