Soalan Boleh Ke Mandikan Anak Kucing Umur 30 Hari?
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Boleh Ke Mandikan Anak Kucing Umur 30 Hari?

Boleh Ke Mandikan Anak Kucing Umur 30 Hari? Boboy dan Gegirl, anak kucing Parsi baka dari induk Kitty Domestik Long Hair dan juga baka induk jantan Abon Semi Flat Persian dah berumur 30 hari. Genap sebulan, dua-dua ekor anak kucing parsi yang comel ini memang menghiburkan kami sekeluarga. Si Boboy berwarna Kelabu dan si Gegirl berwarna Calico. Sekejap jer dah besar.

 

 

anak kucing parsi comel 05
Boleh Ke Mandikan Anak Kucing Umur 30 Hari?

 

 

Ada kawan tanya, boleh tak mandikan anak kucing berumur sebulan? MrJocko cakap boleh. Tapi kena la ikut cara yang betul supaya tak dera anak-anak kucing tersebut. Mandikan dengan air suam dan juga sediakan blower supaya senang nak keringkan anak-anak kucing ini supaya tidak kesejukkan.

 

 

 

anak kucing parsi comel 04

 

anak kucing parsi comel 03

 

anak kucing parsi comel 02

 

anak kucing parsi comel 01

 

 

Ini kali pertama anak-anak kucing ini mandi. Memang mula-mula mereka takut dan men’geow’ kesejukkan. Tapi lama-lama diorang dah okay. Selepas dah basuh guna syampu, buang kotoran di telinga dan muka, kena cepat-cepat keringkan pakai blower supaya anak kucing ini tak demam.

 

Tak sampai setengah jam, dua ekor anak kucing ini selesai mandi. Nampaknya mereka suka bila kena gosok dan blower suam. Tambah-tambah si Gegirl, syiok dia layan berus ketika MrJocko gosok bulu untuk keringkan mana yang patut.

 

Lepas ni boleh mandikan lagi anak-anak kucing ini supaya mereka terbiasa dan tak takut air. Yang penting, kebersihan anak-anak kucing perlu dijaga untuk kesihatan mereka dan kesihatan kami sebagai owner mereka.

 

Kalau nak cari makanan tambahan untuk Kucing, boleh la cuba Royal Canin

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.