Rainbow Loom Fesyen Perhiasan Kanak-Kanak
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Rainbow Loom Fesyen Perhiasan Kreatif Kanak Kanak

Balik dari sekolah minggu lepas, si Kakak Khalish minta Mummy dia carikan gelang getah warna warni, Rainbow Loom. Katanya nak buat gelang hiasan. Selang sehari selepas itu, dia bawa pulang Gelang Getah yang di pakai kat tangan, yang sudah disusun cantik dan dijadikan perhiasan untuk kanak-kanak. Kata Khalish, kawan dia hadiahkan. Si Adik Hasya pun mula la merengek nak juga. Terpaksa la cari kat mana jual benda gelang getah ini.

 

Semalam singgah di Brem Mall, bila pusing tanya kedai aksesori kanak-kanak kat sana, rupanya ada di jual dalam bentuk satu set, siap dengan alatan khas untuk membuat gelang getah yang fancy untuk mainan kanak-kanak yang dikenali sebagai Rainbow Loom

 

Rupanya ia digelar dengan nama Rainbow Loom, gelang getah berwarna warni. Untuk kita di Malaysia, boleh layari laman web Rainbow Loom Malaysia.

 

 

Rainbow Loom Fesyen Perhiasan

 

 

Sebenarnya set yang MrJocko beli ini bukan set yang original. Ia adalah produk yang mempunyai fungsi yang sama dengan getah Rainbow. 

 

Set Rainbow Loom biasanya akan di jual secara lengkap dalam satu set. Ini memudahkan anak-anak anda belajar membuat susunan dan rekaan gelang mengikut citarasa dan idea mereka. Jangan risau, setiap set lengkap ada menyediakan arahan ringkas cara membuat gelung getah Rainbow Loom ini.

 

 

 

Rainbow Loom Fesyen Perhiasan

 

Rainbow Loom Malaysia, Gelang Getah Warna Warni

 

Rainbow Loom Malaysia, Gelang Getah Warna Warni

 

 

Tak sampai 5 minit, Khalish selesai buat satu Rainbow Loom bersaiz kanak-kanak dan muat dengan tangannya. Mudah sahaja bila dah tahu rentak untuk susun gelung getah rainbow loom ini menggunakan alatan khas yang di sediakan. Hasya pula nampaknya lebih cepat belajar sebab berjaya buat gelang getah rainbow loom ini dengan guna dua warna sahaja, lain dari yang Kakak Khalish buat.

 

Lepas ni, nampaknya makin banyak la Khalish dan Hasya buat gelang getah Rainbow ini untuk koleksi mereka.

 

Getah Loom warna pelangi ini telah dicipta oleh Cheong Choon Ng, seorang pendatang Malaysia berketurunan Cina yang datang ke Amerika Syarikat pada tahun 1991 untuk belajar di Wichita State University, di mana beliau memperoleh ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Beliau telah bekerja sebagai jurutera crash-test bagi Nissan Motor Company pada tahun 2010 apabila beliau mengilhamkan idea mesin tenun mainan gelung getah semasa menonton anak-anak perempuan beliau membuat perhiasan gelung getah.

 

Untuk anda yang nak cari produk Rainbow Loom yang original, boleh layari laman web di bawah. Kalau anda berada di sekitar Kuala Lumpur, boleh cari produk original  ini di Publika, One Utama, Taipan Triangle, Bangsar Shopping Centre dan juga di Kota Kemuning.

 

Rainbow Loom Facebook

Rainbow Loom YouTube

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.