GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Jeti Melaka River Cruise Di Taman Rempah Melaka

Nak cerita pasal Jeti Melaka River Cruise Di Taman Rempah Melaka. First time MrJocko mencuba pengalaman menaiki bot Melaka River Criuse pada tahun 2012 . Masa tu MrJocko datang dan menginap di Best Western Riverside Hotel, Melaka selama 2 hari 1 malam. Masa tu kami datang satu keluarga dan memang sangat sesuai bercuti di Best Western Riverside Hotel dan juga menyusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise.

Untuk kali ini, kami terpaksa ke Jeti Melaka River Cruise di Taman Tempah, Melaka untuk menaiki bot Melaka River Cruise kerana buat masa sekarang mereka hanya mengambil penumpang di Jeti Taman Rempah atau di Jeti Muara sahaja. Walaupun sepanjang Sungai Melaka ada banyak jeti kecil, anda terpaksa ke dua jeti tersebut jika ingin menaiki Melaka River Cruise.

Dapatkan harga hotel penginapan yang Murah dan Mudah dengan tempah pakej anda di sini, AGODA.

Jeti Melaka River Cruise

 

Melaka Cruise Di Taman Rempah
Jeti Melaka River Cruise Di Taman Rempah

 

Malacca River Cruise

 

Melaka River Cruise

Jeti Melaka River Cruise

Perjalanan menaiki Melaka River Cruise dari Jeti Taman Rempah ke Jeti Muara dan pusing balik ke Jeti Taman Rempah memakan masa selama 45 minit lebih kurang. Pendapat MrJocko, lebih baik anda menaiki trip sekitar jam 6.30 petang, untuk menikmati pemandangan Sungai Melaka di waktu petang dan pulang ke jeti dengan pemandangan matahari terbenam. Ia sesuatu yang menakjubkan.

 

Sepanjang Sungai Melaka, anda akan menikmati pemandangan hotel-hotel sekitar bandar Melaka, bangunan Heritage, Kincir Air, Hard Rock Cafe Melaka dan banyak lagi yang menarik.

 

Untuk makluman, harga tiket Melaka River Cruise ialah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Ia dibuka setiap hari dan beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga jam 11.30 malam dan boleh di beli di Jeti Melaka River Cruise atau wakil jualan yang sah.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.