GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sarapan Pagi Di Amba Hotel Ximending Taipei

Pagi ni MrJocko sarapan di Amba Hotel. Di Amba Hotel Ximending Taipei ini ada punya 3 section iaitu Chiba, Tingba dan Tianba. Setiap sudut section ini punya dekorasi yang berbeza. Ini kali pertama MrJocko bersarapan di Amba Hotel Ximending dan ia umpama kafe besar yang cantik.

 

Untuk sarapan di sini MrJocko pilih untuk makan Roti, Salad, Buah dan juga Omelet Vegetarian. Menu lain memang banyak tetapi biasala, tidak halal untuk Muslim.

 

 

 

 

amba-hotel-ximending-breakfast

 

 

Breakfast di Amba Hotel Ximending

 

 

 

Untuk buah dan Jus Oren di Amba Hotel Ximending Taipei kitchen ni memang segar. Salad pun memang nampak simple tetapi bila dicampur dengan sos pilihan MrJocko Thousand Island memang best. Kalau nak best lagi campur dengan sos lain pilihan korang, mesti lagi sedap.

 

Persekitaran tempat makan betul-betul di hadapan kaunter pendaftaran atau lobby hotel di tingkat 5. Ruang memang luas dan sangat cantik. Kalau lepak lama-lama pun best. Ia tidak menjemukan, umpama berada di dalam kafe besar yang santai dan moden.

 

Kalau ke Ximending, boleh cuba menginap di butik hotel murah dan cantik macam Amba Hotel ini. Bilik yang MrJocko menginap, Junior Suite, sangat besar dan menarik. Harga memang berbaloi, tidak mahal sangat dan dekat sangat denga Night Market di Ximending area, Taipei.

 

Jadi jika nak cuba cuti-cuti ke Taipei, untuk makluman anda AirAsiaX menawarkan penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Taipei sebanyak 2 penerbangan dalam masa sehari.

 

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.