GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Balgownie Estate Vineyard Resorts & Spa Mewah Di Yarra Valley

Yarra Valley, Victoria sememangnya terkenal dengan bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan tanah tinggi yang cantik. Kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai jenis ladang buahan terutama ladang anggur dan epal serta beberapa ladang lain yang menyediakan pelbagai pilihan buahan tempatan Australia. Sebab itu, di sini ada banyak lokai penginapan yang berbentul resort dan ladang seperti penginapan mewah Balgownie Estate Vineyard Resorts & Spa.

Balgownie Estate Vineyard Resorts & Spa

Resort dan Spa Balgownie Estate Vineyard ini terletak di tengah-tengah kawasan perladangan Yarra Valley iaitu kurang dari satu jam perjalanan dari Melbourne CBD. kalau nak tahu, Balgownie Estate diberikan taraf 4.5 Bintang oleh James Halliday Rated Wines. Balgownie Estate Vineyard Resorts dikelilingi oleh kebun-kebun anggur dan pandangan tanah tinggi yang indah. 

 

Penginapan di Balgownie Estate Vineyard Resorts & Spa

Kemewahan untuk berlibur di Yarra Valley di Victoria. Balgownie Estate Vineyard Resort & Spamempunyai beberapa 69 Spa Suite dengan masing-masing spa suite menghadap pemandangan cantik dan indah Yarra Valley. 

 

Harga bilik di Balgownie Estate Vineyard Resorts & Spa bermula dari AUD300 dan anda boleh mendapatkan bilik pilihan anda untuk pengalaman bercuti yang best di Yarra Valley.

 

 

 

 

Balgownie Estate Vineyard Resorts & Spa

 

Bilik air ini ada Jakuzi,,, Best!!!

 

 

 

Ketika menginap di Balgownie Estate Vineyard, MrJocko diberikan satu bilik yang agak besar di mana mempunyai keluasan sekitar 600 sqft. Bilik ini mempunyai bilik tidur, bilik mandi dan jakuzi, ruang tamu yang besar serta balkoni untuk menikmati pemandangan ladang yang indah di Yarra Valley.

 

Bilik ini kalau untuk orang bujang, boleh saje memuatkan sehingga 4 orang dewasa. Tetapi, ia sebenarnya untuk 2 orang dewasa sahaja. Bayangkan MrJocko inap di sini berseorangan, hahaha…

 

 

 

 

Balgownie Estate Vineyard Resorts & Spa

 

Balgownie Estate Vineyard Resorts & Spa

 

Balgownie Estate Vineyard Resorts & Spa

 

Pemadangan di sekitar resort Balgownie Estate Vineyard ini memang terbaik. Di kelilingi oleh ladang anggur dan epal, pemandangan sayup di hadapan dan langit membiru memang menakjubkan. Di sebelah pagi sekitar jam 6.00 pagi, anda dapat menyaksikan beberapa Hot Air Ballon terbang di udara, antara aktiviti yang terkenal di sini.

 

Kalau ke Yarra Valley lagi bersama keluarga, memang teringin untuk singgah di Balgownie Estate Vineyard kerana lokasi, pengalaman dan keadaan resort yang sangat menarik. Namun perlu juga difikirkan dari segi kos kerana ia antara lokasi resort yang mewah di Yarra Valley.

 

Terima kasih untuk pengalaman penginapan di Balgownie Estate Vineyard Resorts tajaan Emirates Airline dan juga pihak pelancongan Melbourne yang dikenali dengan nama Tourism Victoria.

 

Bagi anda yang berminat untuk menginap di sini, boleh terus ke alamat ini atau call dulu untuk tempahan : 

Alamat : 1309 Melba Highway Yarra Glen, Victoria, 3777, Australia 

No Telefon : +61 397300700 

Emel : rates@balgownieestate.com.au

 

Balgownie Estate Vineyard Resorts & Spa

 

Layari laman web mereka di https://www.balgownieestate.com.au/

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.