Kalendar Aktiviti Pelancongan Negeri Kelantan 2015 Tourism
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Kalendar Aktiviti Pelancongan Negeri Kelantan 2015 Tourism

Negeri Kelantan sebenarnya punyai banyak tarikan yang ramai tidak sedari. Negeri Cik Siti Wan Kembang ini berada di bahagian Pantai Timur dan bersempadan dengan negara Thailand, sememangnya kaya dengan budaya dan tinggalan tradisional yang mesti dilawati oleh pelancong samada dari dalam Malaysia atau pelancong asing.

Disertakan di sini senarai Aktiviti Pelancongan Negeri Kelantan bagi tahun 2015

Baca : Pantai Senok Bachok Jolokan Nami Island Malaysia

 


Kalendar Aktiviti Pelancongan Negeri Kelantan 2015 Tourism

Program Promosi Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Kelantan 2015

(Kelantan Tourism Events Calendar 2015)

kelantan-tourism-logo-primary negeri_kelantan

31 Disember 2014 Pelancaran Kelantan Year Of Festivals 2015 Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV
Sepanjang tahun 2015 Roadshow Kebudayaan Kelantan Kelantan (10 Jajahan) 

14 – 15 Mac 2015 (Sabtu – Ahad) Festival Gendang Antarabangsa Kelantan
(Kelantan International Drum Festival) Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

6 – 8 April 2015 (Isnin – Rabu) Karnival Seni Silat Nusantara
(ASEAN Silat Festival) Dewan Jubli Perak MPKB / Padang Perdana, Kota Bharu

6 – 8 April 2015 (Isnin – Rabu) Pertandingan Seni Silat Jatuh
(Silat Jatuh Competition) Dewan Jubli Perak MPKB / Padang Perdana, Kota Bharu

25 – 26 April 2015 (Sabtu – Ahad) Persembahan Wayang Kulit Kelantan
(International Shadow Play Festival & Exhibition) Gelanggang Seni / Muzium Negeri Kelantan

2 Mei 2015 (Sabtu) Pertandingan Seni Suara Burung & Kecantikan Ayam Serama Kelantan (Ketitir, Tekukur, Candik, dan Serama)
(International Bird Singing Competition) Padang Perdana, Kota Bharu

9 – 15 Mei 2015
(Sabtu – Jumaat) Karnival Seni Budaya (Merakyatkan Seni Budaya)
(Cultural Arts Carnival) Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV & Sekitar Kota Bharu

9 – 15 Mei 2015 (Sabtu – Jumaat) Pameran & Jualan Batik, Kraf dan Songket
(Batik, Craft and Songket Exhibition & Sales) Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

25 – 30 Mei 2015
(Isnin – Sabtu) Pesta Wau Antarabangsa Kelantan IMT-GT
(Kelantan IMT-GT International Kite Festival) Pantai Geting, Tumpat

1 Jun 2015  (Isnin) Pesta Joran & Pesta Pantai Bachok

4 – 6 Jun 2015
(Khamis – Sabtu) Pesta Joran & Pesta Pantai Pasir Puteh

13 Jun 2015 Pesta Joran & Pesta Pantai Tumpat

13 Jun 2015 (Sabtu) Mount Stong International Climbathon Gunung Stong, Dabong
30 – 31 Ogos 2015 (Ahad – Isnin) Pesta Hari Kemerdekaan Malaysia
(Merdeka Day Celebration) Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

30 – 31 Ogos 2015 (Ahad – Isnin) Festival Volkswagen & Vespa Klasik Kelantan
(Kelantan Classic Volkswagen & Vespa Klasik Festival) Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

5 – 10 September 2015 (Sabtu – Khamis) Cabaran Foto Kelantan
(Kelantan Photo Challenge) Gelanggang Seni

17 – 19 September 2015 (Khamis – Sabtu) Festival Makanan Kelantan
(Kelantan International Halal Food Festival) Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

16,17,18 & 20 November 2015 (Isnin – Rabu & Jumaat) Pertandingan Seni Lagu Dikir Barat Kelantan
(Dikir Barat Singing Competition) Gelanggang Seni

* Semua program dalam Kalendar Program Pelancongan Negeri Kelantan 2015 ini adalah tentatif dan tertakluk kepada perubahan.

Jadi, untuk anda yang bercadang untuk melancong ke negeri Kelantan pada tahun 2015, boleh susun jadual percutian anda ke Kelantan dan pilih aktiviti yang akan diadakan nanti merujuk kepada Aktiviti Pelancongan Negeri Kelantan. Mana tahu, anda berpeluang untuk sertai aktiviti kebudayaan dan pelancongan ketika berada di Kelantan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.