GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Nobbies Centre Phillip Island Pemandangan Sangat Indah

 

Nobbies Centre Phillip Island adalah satu lokasi yang terlentak di tanjung yang menghala ke laut dan ia dipenuhi dengan pokok renek serta semak rumput yang biasa tumbuh di Australia. Lokasi Nobbies Centre ini sebenarnya adalah syurga kehidupan Wallabies (Kangaru Kecil), Burung dan juga Penguin di Phillip Island. Sebab itu, Nobbies Centre adalah lokasi yang sanhat terkenal di sini, Victoria Australia.

 

The Nobbies (dinamakan kerana pembentukan batu yang unik) terletak di luar Point Grant di hujung barat Phillip Island. Kawasan ini ialah kawasan penting dalam pemuliharaan haiwan liar di Australia yang menampilkan wallabies, penguin dan burung laut. Tidak jauh dari pantai Nobbies Centre adalah Seal Rocks – rumah untuk tanah jajahan kedua terbesar Australia Fur Seals.

 

Kawasan ini menawarkan pemandangan pantai dan batu batu yang sangat menakjubkan. Pelancong dapat melihat koloni haiwan di luar pesisir di Seal Rocks dan peluang untuk berjalan di tengah koloni burung laut bersarang. Ia adalah satu pengalaman yang benar-benar semula jadi yang menakjubkan!

 

Perkara Yang Anda  Perlu Lakukan Di Nobbies Centre Phillip Island :

 

1. Meliihat ribuan anjing laut di Seal Rocks melalui teleskop.

2. Berjalan-jalan di sepanjang Nobbies Boardwalk dan menikmati pemandangan yang menakjubkan di sepanjang pantai selatan Phillip Island.

3. Melihat ‘blowhole’ yang menggerunkan, gua laut yang menakjubkan yang mengguntur ke dalam bukit batu di mana ia meletup dengan hempasan air laut. Pengalaman dan sesuatu yang tidak boleh dilepaskan!

4. Melihat burung laut bersarang pada musim bunga dan musim panas.

5. Mencari Little Penguins yang bersarang di sekitar kawasan boardwalk

6. Jika anda bernasib baik, anda berpeluang untuk melihat ikan paus migrasi di Bass Strait atau beberapa ikan lumba-lumba yang bergerak masuk dan keluar dari teluk.

Nobbies Centre Phillip Island 

Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery

 

Nobbies Centre Phillip Island

 

Nobbies Centre Phillip Island

 

Nobbies Centre Phillip Island

 

Nobbies Centre Phillip Island

 

Nobbies Centre Phillip Island

 

Nobbies Centre Phillip Island

Nobbies Centre Phillip Island

Sebenarnya Nobbies Centre ini terletak berdekatan dengan lokasi Penguin Parade di Phillip Island. Nobbies Centre juga adalah laluan yang wajib anda lalui sebelum singgah ke Penguin Parade kerana ia mempunyai pemandangan san suasana hembusan angin laut yang sangat laju, tidak pernah MrJocko alami sebelum ini di mana-mana lokasi yang pernah MrJocko lawati.

 

Percayalah, anda akan sangat teruja bila dapat melihat wallabies, penguin atau burung laut bermain-main di sebelah kenderaan anda di Nobbies Centre dan anda berpeluang untuk melihat haiwan ini paling dekat.

 

Tidak tergambar keindahan yang ada di sekitar Nobbies Centre Phillip Island ini kecuali anda alami sendiri jika ke Victoria, Australia. Boleh terbang dengan Emirates dan dapatkan pakej terbaik dari Visit Melbourne.

 

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.