Persembahan Buskers Di SOGO KL
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Layan Persembahan Buskers Di Perkarangan SOGO KL

Selepas populariti kumpulan Caliph Buskers yang sebelum ini selalu bermain muzik jalanan buskers di Sogo KL, ramai yang mula singgah santai di sini untuk menyaksikan persembahan muzik dari kumpulan Buskers yang perform di Sogo KL. 

Sebenarnya ada banyak kumpulan buskers atau pemuzik jalanan yang membuat persembahan di sekitar Sogo KL dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, namun yang paling terkenal ialah Caliph Buskers dan juga Genji Buskers

Caliph Buskers dah di lamar oleh KRU Records selepas berjaya memukau semua penonton ketika Final AJL29 baru-baru ini. Genji Buskers pula masih di jalanan tetapi persembahan mereka tetap terbaik setiap kali melakukan persembahan tak kira di Sogo KL atau Bukit Bintang. 

Persembahan Buskers Di Perkarangan SOGO KL

 

Persembahan Buskers Di Perkarangan SOGO KL

 

buskers_di_kuala_lumpur

 

buskers_di_kuala_lumpur

 

Persembahan Buskers Di Perkarangan SOGO KL

 

buskers_di_kuala_lumpur

MrJocko semalam sempat singgah untuk menyaksikan persembahan Genji Buskers di  Sogo KL ketika jalan-jalan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ramai betul warga kota Kuala Lumpur yang memang menunggu persembahan buskers di Sogo KL ini.

Show Genji Buskers biasanya bermula sekitar jam 9.30 malam dan berakhir jam 11.30 malam, selama 2 jam. MrJocko dengan kumpulan Genji Buskers ni selalu buat how di Avenue K setiap Isnin – Jumaat pada jam 4.00 petang. 

Untuk info, kumpulan buskers di area SOGO KL akan berkongsi masa dan jadual supaya semua orang ada peluang membuat persembahan di sini.  

Mungkin ramai yang tanya, bila show Caliph Buskers di Sogo KL atau di Bukit Bintang? Nampaknya makin susah nak lihat Caliph Buskers buat show di jalanan macam biasa sebab sekarang dah banyak tawaran show di merata tempat.

Personally, sekali sekala layan lagu persembahan buskers ni memang best juga. Banyak jenis lagu yang mereka perdengarkan kepada ‘penonton’ mereka dan kadang-kadang lebih sedap dari penyanyi asal.

So, kalau nak lihat KL waktu malam dan layan buskers, boleh la singgah di Perkarangan SOGO KL atau pun di Bukit Bintang berhadapan dengan area Maybank, InsyaAllah kat situ ada ramai buskers buat show setiap hari.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.