Bowling Di Ampang Superbowl Berjaya Times Square
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Main Bowling Di Ampang Superbowl Berjaya Times Square

Sejak beberapa bulan, lama tak bawa anak-anak MrJocko beriadah dalam aktiviti sukan seperti dulu. Sebelum ni, kami selalu juga layan Layang-layang di Taman Metropolitan Kepong, main kereta remote dan Quad Copter di Taman Tasik Perdana, pernah bawa mereka pergi memancing dan aktiviti lain. Tapi itu dulu. Sekarang ni, sebab banyak sangat kerja, banyak yang kami terlepas.

 

Khalish dan Hasya memang suka main apa-apa sukan. Kalau boleh, semua benda diorang nak cuba. Sebab tu, semalam MrJocko bawa diorang singgah main Bowling di Ampang Superbowl Berjaya Times Square di Tingkat 5.

 

 

 

 

Ampang Superbowl Berjaya Times Square

 

Ampang Superbowl Berjaya Times Square

 

bowling_ampang_superbowl

 

Yang paling teruja nak main bowling di Ampang Superbowl Berjaya Times Square kali ini ialah si Hasya. Kalau sebelum ni, Khalish dah banyak kali juga la main bowling, tetapi Hasya rasanya ini kali kedua dia cuba main bowling. 

 

Kalau dulu, MrJocko kira boleh tahan la kalau setakat main Bowling. Pernah beberapa kali Juara berkumpulan semasa Pertandingan di BNM dan juga serta beberapa Tournament Terbuka. Tak la hebat, tetapi boleh la setakat nak layan main 4-5 games atau main liga. Itu dulu, sekarang dah lama tak prektis :).

 

Antara Khalish dan Hasya, nampaknya Hasya lebih cepat belajar dan ada gaya pemain Bowling yang berpotensi. Sekali ajar, dia dah boleh pegang bola dan baling agak laju berbanding kakak Khalish yang masih takut-takut nak baling bola.

 

Pun begitu, kalau ikut keputusan permainan semalam, masing-masing berjaya mengumpul 83 mata, sama dan boleh kata OK la untuk beginner. Lagipun boleh yang ada cuma berat 7 Pounds, nampak susah diorang nak control bola. Nampaknya kena tanya la diorang kalau-kalau diorang nak belajar serius main Bowling. Kalau ya, kita sebagai ibu bapa kena la support aktiviti yang sihat, tambah-tambah lagi sukan ini punya potensi di peringkat antarabangsa.

 

Mana tahu, kalau ada rezeki, boleh la my kids wakil negara, boleh travel percuma seperti MrJocko 🙂

 

 

 

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.