GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Loboc River Cruise Di Bohol : Menyusuri Sungai Loboc

Bohol, Filipina memang mempunyai banyak lagi lokasi pilihan untuk mereka yang sukakan alam semulajadi. Antara yang menarik di sini ialah Loboc. Nama Loboc di ambil sempena dengan nama Sungai Loboc yang menjadi tumpuan pelancong jika datang ke Bohol, Filipina. Meh nak cerita sikit tentang Loboc River Cruise di Bohol.

 

Suatu catatan daripada perbandaran Loboc digelar sebagai “Realizing Dreams Through Tourism Development” dan salah satu lokasi yang memenangi Anugerah Galing Pook di Manila.

 

Anugerah Galing Pook adalah merupakan program perintis yang mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan dalam tadbir urus pekan atau bandar tempatan. Pemenang Galing Pook dipilih setiap tahun dari pelbagai program dari kerajaan tempatan selepas menjalani pelbagai tahap proses pemeriksaan yang ketat. 

 

Di Sungai Loboc, MrJocko sangat mencadangkan supaya anda mencuba untuk menyusuri sungai Loboc dengan sampan yang agak besar dikenali sebagai Loboc River Cruise. Pakej ini boleh di dapati sekitar pekan Loboc dan ia ditawarkan dengan harga pakej yang berbaloi.

 

 

 

 

Loboc River Cruise

 

Loboc River Cruise Bohol

 

 

 

 

 

RATE (Loboc River Day Cruise)

Php 350 – River Cruise and Lunch

Php 100 – Maintenance, Safety and Security Charges

Php 450       (children 12 years & below, FREE)

DISCOUNTING (Cruise and Lunch):

Senior Citizen : 20% please present your ID

Children :

0 – 3 years old – free without soft drinks

4 – 8 years old – 50% with drinks

9 – 11 years old – Php 250

12 up – php 350

 

 

 

Loboc River Cruise Bohol

 

 

Loboc River Cruise Bohol

Sebolehnya, jika anda ingin mencuba kelainan dengan menaiki Loboc River Cruise ini, anda boleh cuba terus pakej Loboc River Cruise dan juga pakej makan tengahri di dalam cruise sambil menyusuri Sungai Loboc yang masih terpelihara dan dikelilingi oleh alam semulajadi. 

 

Ada banyak aktiviti yang boleh anda alami di Loboc River Cruise ini selain menyusuri sungai Loboc dan makan tengahari. Anda boleh melihat pemandangan kampung yang masih menghijau, ada persembahan masyarakat asli di Loboc, pokok kelapa yang ada disepanjang sungai dan kebudayaan masyarakat di sini. 

 

Sebenarnya, dari Tagbilaran City, anda cuma perlu menaiki kenderaan seperti kereta atau bas menuju ke Loboc River hanya sejauh sekitar 25 km sahaja. Atau nak mudah, dapatkan pakej-pakej berkaitan dari travel agent yang bertauliah di Tagbilaran City.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.