GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Meminang Awek Ducati Monster 795 Untuk Teman Hidup

Ducati Monster 795 ini sememangnya dah lama menjadi impian MrJocko. Sejak mula-mula model ini memasuki pasaran Malaysia sekitar tahun 2012, memang ramai yang angau dengan rekabentuk dan performance motorsikal jenis Ducati seperti ini. Monster 795 adalah model motorsikal jenis ‘telanjang’ (naked) yang berada antara tengah-tengah motorsikal superbike dan easy rider. Sebab itu, ini cerita Meminang Awek Ducati Monster 795 Untuk Teman Hidup.

Semasa mula-mula ia dilancarkan, ia memang menjadi impian MrJocko. Harga masa dilancarkan di Malaysia memang agak menarik dan agak murah berbanding model Ducati biasa. Masa tu, Khalish dan Hasya pun memang suruh beli motor macam ni. Itu cerita dulu, 3 tahun yang lepas. Dan setelah bertungkus-lumus untuk beberapa tahun yang lepas, akhirnya dapat juga MrJocko meminang Monster 795 ini, walaupun ia adalah second hand.

Meminang Awek Ducati Monster 795

Ducati Monster 795

 

Bukan senang nak buat decision untuk beli motorsikal Ducati seperti ini memandangkan MrJocko bukan orang kaya. Teringin nak pakai motor besar dan kebetulan ada member nak jual motor ni murah berbanding harga di luar sana. 

Lebih lebih lagi, untuk model Ducati Monster 795 adalah model jenis untuk market Asia yang memang sesuai dengan ‘ketinggian’ orang Asia yang lebih rendah.

 

Ducati Monster 795

  

InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang, Awek Ducati Monster 795 ini akan MrJocko bawa pulang dan akan dijaga sebaiknya. Lepas ni, nampaknya ia akan menjadi kenderaan utama MrJocko untuk ke sana sini untuk kerja. Memandangkan lokasi tempat kerja MrJocko tidak la jauh mana dan sebab agak senang jika nak parking motorsikal berbanding kereta. 

Lagipun, dengan ada motorsikal seperti ini, ia boleh buat MrJocko jimat kos parking, kos parking dan semestinya masa. Lagipun kalau nak ke mana-mana cepat berbanding guna kereta.

Bila dah meminang Awek Ducati Monster 795 ni, maka dengan sendirinya terpaksa lah tambah lagi usaha, kerja lebih keras dan simpan lebih banyak duit untuk masa akan datang. Lepas ini, kena ikat perut dulu untuk berjimat dan jaga Awek Ducati Monster 795 ini sebaik mungkin.

Nak beli motorsikal Ducati dari Ducati Malaysia, boleh layari laman web ini www.ducati.com.my

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.