GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pemandangan Pantai Khiri Khan Dari Magic Mirror Mountain

Hari pertama di Prachuap Khiri Khan, MrJocko ke lokasi wajib lawat di sini iaitu di puncak Magic Mirror Mountain (Bukit Cermin Ajaib) yang terletak di tengah-tengah pusat bandar ini dan menghadap pantai dan 3 teluk utama di sini. Di atas puncak bukit ini, terdapat Kuil yang dikenali sebagai Khao Chong Krachok.

 

Sebenarnya, kalau di bandar Prachuap Khiri Khan ini tidak banyak “tarikan” utama yang boleh anda terokai selain 3 teluk utama, pasar malam, pantai, sejarah pendaratan Jepun di Thailand dan juga makanan laut.

 

Khao Chong Krachok adalah tarikan utama pelancong kerana bila anda berada di puncaknya, anda akan dapat melihat seluruh bandar Khiri Khan dan 3 teluk yang indah di sini. Sebelum ke puncak, anda harus mendaki setinggi 396 anak tangga untuk sampai ke atas di mana puncaknya terdapat kuil lama yang telah dibina sejak zaman King Rama VI. Kuil kecil ini di beri nama Wat Thammikaram, di bina pada tahun 1922.

 


Khao Chong Krachok

 

 

 

Khao-Chong-Krachok-Khiri-Khan

 

Khao-Chong-Krachok-Khiri-Khan

 

Khao-Chong-Krachok-Khiri-Khan

 

Khao-Chong-Krachok-Khiri-Khan

 

Khao-Chong-Krachok-Khiri-Khan

 

Khao-Chong-Krachok-Khiri-Khan

 

Khao-Chong-Krachok-Khiri-Khan
 
 
 
 
 

Antara lain yang menarik sewaktu memanjat tangga di sini, anda akan dapat menyaksikan beratus ekor populasi kera yang dibiarkan hidup dan menetap di sepanjang bukit ini. Jadi, jika anda ingin ke sini, boleh sediakan pisang atau makanan untuk monyet sebagai hadiah kepada penghuni Bukit Cermin Ajaib ini.

 

Di puncak bukit dan kawasan kuil kecil ini biasanya akan ada seorang Sami yang ditugaskan menjaga kawasan ini. Walaupun kawasan ini tidak la besar, tetapi ia boleh menampung sehingga 100 orang dalam satu masa untuk pengalaman menyaksikan matahari naik yang indah di Khiri Khan.

 

Khao Chong Krachok Khiri Khan

Walaupun MrJocko penat mendaki 396 anak tangga di sini, kepuasan bila berada di atas memang menakjubkan. Kiri dan kanan, MrJocko lihat persisir pantai Khiri Khan dan boleh nikmati keindahan 3 teluk terkenal di Prachuap Khiri Khan ini.

 

Bayangkan kawasan pantai yang luas ini, di lindungi teluk dan ia memang kawasan sesuai untuk mandi manda kerana kawasan pantai yang landai dan ombak yang tidak besar. Di tambah dengan kemudahan penginapan yang murah, makanan yang murah serta pelbagai pilihan untuk berehat, Khiri Khan antara lokasi anda wajib lawat di Thailand keran ia adalah salah satu lokasi ‘Unseen Thailand’ yang masih ramai belum ketahui.

 

Saya sangat teruja di Prachuap Khiri Khan, Thailand.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.