Cara Beli Tiket AirAsia Dengan Mudah Dan Cepat
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Cara Beli Tiket AirAsia Dengan Mudah Dan Cepat

Ramai yang kini menggunakan perkhidmatan AirAsia untuk terbang samada dalam negeri dan juga luar negeri. Kebanyakkan antara kita membeli tiket penerbangan melalui tempahan tiket online di laman web rasmi www.AirAsia.com atau di www.AirAsiaGo.com.my. Namun tahu kah anda bahawa anda boleh membeli tiket penerbangan AirAsia ini melalui pelbagai cara?

Tahu tak bagaimana cara beli tiket AirAsia? pastinya dengan laman Web AirAsia atau dengan Syarikat Travel Agent yang sah. Tapi, tahu tak cara nak dapat tiket murah AirAsia dan AirAsiaX?

Baca : Tiket Zero Fare AirAsia dan AirAsiaX



Cara Beli Tiket AirAsia Dengan Mudah Dan Cepat

Ada banyak cara untuk anda membeli tiket AirAsia atau cara untuk membuat tempahan penerbangan tiket untuk AirAsia. Untuk pengetahuan anda boleh membeli tiket AirAsia secara :

1. Laman web www.airasia.com,

2. Melalui telefon bimbit di mobile.airasia.com, aplikasi AirAsia Mobile (untuk pengguna iPhone, Android & BlackBerry),

3. Pejabat Jualan di Kaunter Jualan di Lapangan Terbang,

4. Ejen Pelancongan Berdaftar ;atau

5. Kiosk AirAsia (hanya di lokasi tertentu).

Walau bagaimanapun, sebenarnya untuk memudahkan pengguna dan pelanggan AirAsia, anda sememangnya disyorkan agar membuat tempahan melalui laman web airasia.com, mobile.airasia.com atau aplikasi AirAsia Mobile untuk menikmati tambang terendah AirAsia dengan cara paling mudah dan cepat.

Klik di sini bagi mengetahui lebih lanjut cara untuk memuat turun aplikasi iPhone, Android & BlackBerry. Applikasi yang ditawarkan kepada pengguna adalah PERCUMA dan anda boleh muat turun ke dalam smartphone atau tablet anda.

Sila klik di sini untuk mendapatkan tutorial tempahan.

 

Cara Beli Tiket AirAsia cara-beli-tiket-airasia-airasia-mobile

Cara Beli Tiket AirAsia

Terpulang kepada anda cara mana satu yang lebih mudah dan selesa untuk anda guna dalam Cara Beli Tiket AirAsia. Bagi MrJocko, lebih selesa beli tiket AirAsia di laman web online www.airasia.com.my

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.