GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Dell InnoLifestyle Bloggers Boot Camp Bangsar Yang Happening

Dell Malaysia, dengan julung-julung kalinya menganjurkan satu ‘boot camp’ eksklusif kepada rakan blogger dan rakan media bertempat di The Cooking House Bangsar pada 30 April 2015 yang lepas. Boot Camp ini dinamakan ‘Dell InnoLifestyle Bloggers Boot Camp‘ disertai seramai 15 rakan media berserta bloggers dan ia bertujuan untuk memperkenalkan produk terbaru Dell iaitu Dell Inspiron 23 All-in-One Desktop dan Dell Inspiron 20.

Agak menarik kali ini, bila Baki Zainal, selebriti Malaysia menjadi pengantara kami ketika Dell InnoLifestyle Bloggers Boot Camp. Brader ni memang sempoi, lawak, penuh dengan susunan kata-kata yang menarik dan membawa majlis kami menjadi meriah dan lebih hidup.

 

dell_innolifestyle_bloggers

 

Rakan media agak teruja dengan penyampaian oleh Mr. Christopher Ketua Pemasaran dan Jenama Dell Malaysia yang memberi penjelasan dan rahsia mengenai produk terbaru mereka iaitu Dell Inspiron 23 7000 All-In-One Desktop sebagai peranti serba boleh untuk semua keadaan dan untuk semua peringkat umur. Maklumat lanjut boleh baca dan survey di SINI Dell Inspiron 23 7000

 

dell_innolifestyle_bloggers dell_innolifestyle_bloggers_03 dell_innolifestyle_bloggers_products dell-innolifestyle-blogger-08

 

 

Banyak yang menarik tentang Dell Inspiron 23 7000 Series termasuk fungsi Intel RealSense. Yang membuatkan MrJocko lebih teruja ialah dengan kamera WebCam di esktop Dell ini yang mempunyai fungsi rakaman 3D. Dengan adanya fungsi ini, ia memberikan anda peluang untuk ambil gambar anda, dari segenap sini dan dapatkan gambaran 3D sebenar yang jarang ada pada fungsi kamera Desktop lain.

Mencuba kehebatan desktop model ini, Dell Inspiron 23 7000 Series untuk bermain game yang ‘ringan’ seperti game “Move It” ini. Memang syiok layan touch screen dan joget yang menggunakan gerakan sensor tangan dan webcam yang memang sempoi. Game seperti ini, kanak-kanak pun akan dapat ‘bermain’ dengan mudah, apatah lagi dewasa macam MrJocko.

 

dell_innolifestyle_bloggers_mrjocko dell_innolifestyle_bloggers_inspiron dell-innolifestyle-blogger-05

 

 

Cabaran Memasak Banana Muffin dan Butter Cookies

Mengejutkan kami sewaktu event, bila Mr. Christopher dengan secara spontan menunjukkan skill memasak beliau dan berkongsi cara yang begitu mudah untuk memasak sambil berhubung dan bersosial dengan menggunakan satu lagi peranti Dell Inspiron 23 yang bersaiz 2o inci dan boleh diletakkan di mana-mana bahagian dapur, hall malah di bilik air sekali pun.

Kami dicabar untuk memasak banana muffin dan butter cookies sambil menggunakan Dell Inspiron 20 untuk menu yang di sediakan, ber’skype’ dan juga menonton filem online semasa memasak. Bayangkan life anda serba meriah dengan aktiviti memasak untuk keluarga dan rakan-rakan, sambil boleh melayan ‘borak santai menggunakan ‘SKYPE’ dan juga sambil menonton TV.

 

 

dell-innolifestyle-blogger-10 dell-innolifestyle-blogger-11 dell-innolifestyle-blogger-12

 

 

Kumpulan kami, yang dianggotai oleh MohdZarin, Bro Framestone dan MrJocko berjaya menyiapkan dua menu tersebut, Banana Muffin dan juga Butter Cookies yang semestinya sedap. Tak caya boleh baca review masakan kami di Blog MohdZarin dan Bro Framsestone. Hasil usaha kami, nampaknya kami berpuas hati dengan menu Banana Muffins yang sedap dan juga biskut Butter Cookies yang best :). Majoriti juri memang mengakui Banana Muffin kami paling sedap pada hari tersebut.

Cabaran Dell AIO Campaign #DellAIOCampaign

Cabaran kedua masa Dell InnoLifestyle Bloggers Boot Camp diteruskan dengan cabaran Dell AIO Campaign yang mana kami setiap kumpulan diberikan satu unit Dell Inspiron 20 dan diberikan masa untuk kami berkongsi kelebihan dan features yang kami boleh highlight untuk produk terbaik dari Dell Malaysia ini. 

Ternyata, ia bukan benda mudah tetapi disebabkan peranti Dell Inspiron 20 bersaiz 20 inci ini memang adalah peranti yang serbaguna, mudah digunakan dan sesuai di mana-mana, ia menjadi perkara yang lebih mudah dari apa yang kami sangkakan.

Akhirnya, secara keseluruhan, kumpulan kami, Mohd Zarin, Bro Framestone dan MrJocko dinobatkan menjadi Pemenang Kedua untuk event Dell InnoLifestyle Bloggers Boot Camp ini. Yeay!!! Kami sangat berpuas hati. Terbaik la Mohd Zarin dan Bro Framestone.

Jutaan terima kasih kepada team kami, Mohd Zarin dan Bro Framestone sebab jadi team-mate yang terbaik, pihak PR dan juga syarikat Dell Malaysia untuk jemputan ke Dell InnoLifestyle Bloggers Boot Camp bersama rakan-rakan media dan blogger yang lain. Jangan lupa untuk ikuti Dell Malaysia di fapage Facebook dan laman web DELL.

 

dell-innolifestyle-blogger-13

dell_innolifestyle_bloggers dell_innolifestyle_bloggers

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.