GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Gaya Blogger Bila BerFesyen Bergaya Atau Tak?

MrJocko bukan blogger fesyen, tetapi sekali sekala kalau bergaya apa salahnya. Maklum la, sejak dua menjak ni, rasa macam nak jadi blogger fesyen pulak sebab banyak invitation untuk Blogger Malaysia ke event Fashion di sekitar Kuala Lumpur. Nak tahu juga Gaya Blogger Bila BerFesyen Bergaya Atau Tak?

Adakah MrJocko peminat fesyen? Kalau sekadar fesyen biasa, kena la ikut. tetapi MrJocko bukan peminat fesyen yang tegar.

Gaya Blogger Bila BerFesyen Bergaya Atau Tak?

 

fesyen_blogger_lelaki_01 fesyen_blogger_lelaki_02 fesyen_blogger_lelaki_03 fesyen_blogger_lelaki_04 fesyen_blogger_lelaki_05 fesyen_blogger_lelaki_07

 

 

Samada anda lelaki atau wanita, sebenarnya tak salah kalau ikut fesyen dan bergaya macam-macam fesyen, tetapi perlu lah ada kesesuaian. macam orang lelaki ni, susah sikit sebab tak banyak fesyen yang boleh digayakan untuk orang-orang ‘kureng’ Macho macam MrJocko :).

Kata orang, biar kita tak hensem, tetapi janji penampilan kita hendaklah la sentiasa kemas, bersih dan tidak terlalu over. Pakaian tidak semestinya mahal, pakai yang semampun kita ada. Cuma jangan la terlalu lusuh dan buruk. Selebinya adalah grooming diri sendiri, rambut jangan serabai, kuku jangan panjang dan kotor, gigi kena la gosok dan badan kena la bersih, elakkan dari bau peluh yang melampau.

Untuk awek-awek, memang banyak jenis fesyen yang boleh korang cuba. Bagi yang pandai berfesyen untung la sebab akan sentiasa nampak up-dated dan comel. Tapi, jangan sampai berfesyen melampau sudah la… Kan ???

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.