GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Projek Tukar Tank Cover Ducati Monster 795 Cara Mudah

Semalam, MrJocko berjaya dapatkan set Tank Cover baru Ducati Monster 795 warna merah, warna asal Ducati dari pemilik Monster 795 yang sudah jual Ducati beliau minggu lepas. Sebab itu, MrJocko dengan bantuan bro Man Raja Lawak memulakan Projek Tukar Tank Cover Ducati Monster 795.

Cara nak tukar Tank Cover Ducati Monster ni sebenarnya tak susah sangat, ia cuma perlukan 2 saiz Allen Key untuk membuka 11 skru di atas tangki dan juga 5 skru di tepi tangki, tank cover Ducati Monster.

Tukar Tank Cover Ducati

ducati monster 795 malaysia 01 ducati monster 795 malaysia 02

 

 

Tukar Tank Cover Ducati

Step mula-mula yang perlu anda ikut untuk buka tank cover Ducati Monster 795 ini cuma 2 saiz Allen Key sahaja. Buka cover tank tu dan kemudian anda akan nampak badan tangki minyak dan juga panel bateri untuk Ducati Monster. Cara ini juga untuk menukar bateri motosikal Ducati Monster ini jika ada masalah bateri di kemudian hari.

Pastikan anda membuka skru dengan sepenuhnya dan mengetatkannya dengan sempurna untuk megelakkan kerosakkan skru atau kerosakkan cover.

 

ducati monster 795 malaysia 03

ducati monster 795 malaysia 04

ducati monster 795 malaysia 05

 

 

Projek tukar cover tank Ducati ini nampaknya memang mudah tetapi memerlukan ketelitian untuk memastikan supaya anda tidak merosakkan cover dan juga skru allen key tidak hilang. Tank cover yang lama, warna hitam tu, mungkin MrJocko akan bawa untuk di buat warna baru dan rekaan warna airbrush mengikut citarasa baru.

Sekarang tengah fikir nak warnakan tank cover ini dengan warna apa?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.