GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Perlumbaan KL City Grand Prix 2015 Kuala Lumpur

KL City Grand Prix 2015 Kuala Lumpur akan berlangsung pada tarikh 7 Ogos 2015 sehingga 9 Ogos 2015 bertempat di lokasi tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur termasuk persiaran menara berkembar Petronas KLCC.

Perlumbaan Epik sejauh 3.2 km ini akan melalui jalan-jalan bandar di tengah-tengah kesibukan jalan utama Kuala Lumpur, Malaysia dan ia satu yang akan mempersonakan penonton dan peminat perlumbaan kereta seluruh dunia.

KL City Grand Prix 2015 Kuala Lumpur, di mana kereta lumba berprestasi tinggi akan bertarung di tengah-tengah mercu tanda yang paling ikonik Kuala Lumpur iaitu KLCC dan beberapa kawasan tarikan pelancong yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kelas dunia sukan motor ekstravaganza.

Meriahkan KL City Grand Prix 2015 ini kerana ia dijangka akan menarik lebih 100,000 pengunjung melalui Grand Prix KL City 2015. Untuk maklumat lanjut layari http://www.tourism.gov.my atau http://www.gtcitygrandprix.com


KL City Grand Prix 2015 KLCityGP_FacebookAds-

KL City Grand Prix 2015 Schedule

KL City Grand Prix 2015 Schedule KL City Grand Prix Schedule Saturday KL City Grand Prix Schedule Sunday

Kalau sebelum ini kita ada Formula 1, kini, ada perlumbaan tepi jalan (street racing) yang lebih dekat dengan ibu kota dengan KL City Grand Prix 2015. Ia baru sahaja dilancarkan secara rasmi. Jadi bersedia lah.

Antara tarikh 7 hingga 9 Ogos 2015, bandar Kuala Lumpur bersedia untuk melihat pasukan perlumbaan GT, pemandu dan kereta mereka bertempur di jalannya, dalam litar jalan 3.2 km yang direka khas di kawasan KLCC.

Litar yang mempunyai 11 pusingan ini dicadangkan bermula di KLCC Suria dan diteruskan melalui Jalan P Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Pinang sebelum kembali ke bendera yang dipancarkan. Tak sabar? Ya, MrJocko pun tak sabar nak saksikan street racing di Kuala Lumpur ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.