GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Rancang Travel Malaysia Dengan Superbike Solo Atau Berkumpulan

Semenanjung Malaysia khususnya memang mempunyai jaringan jalanraya yang memang boleh menghubungkan dari utara, Kangar sehingga ke bandar Johor Bahru di bahagian Selatan. Samada melalui jalan Lebuhraya atau Jalan Persekutuan, jika anda berminat untuk cuba, boleh cabar diri untuk Rancang Travel Malaysia Dengan Superbike.

Itu adalah perancangan awal MrJocko untuk cuba pusing kembara jelajah Malaysia dalam tempoh masa hanya selama 15 hari menggunakan Superbike.

Buat masa sekarang tengah cari masa dan dalam perancangan awal untuk susun jadual dan ‘route’ mana yang mungkin kami akan ambil bermula dari Kuala Lumpur menuju destinasi pertama.

Travel Malaysia Dengan Superbike

travel_dengan_superbike_malaysia

 

Nak travel dengan motosikal jelajah satu Malaysia bukan benda senang, tetapi ia juga bukan benda susah. Ramai dah yang berjaya buat ‘Solo Ride’ pusing satu Malaysia, tetapi cara mereka masing-masing berbeza. Ada yang buat kerana kerja, ada yang buat kerana minat.

MrJocko mungkin akan buat kembara berdua supaya senang nak travel dan ada kawan di sepanjang perjalanan. Tidak la boring untuk melihat keindahan Malaysia sorang-sorang.

Baca : MrJocko dan Ducati Monster 795

Rancang Travel Malaysia Dengan Superbike
Rancang Travel Malaysia Dengan Superbike

Rancang Travel Malaysia Dengan Superbike

Rancang Travel Malaysia Dengan Superbike

Sebelum memulakan perjalanan, sudah pasti yang pertama perlu dititikberatkan adalah kondisi motosikal yang baik dan segalanya selamat. Sebelum memulakan perjalanan, mesin yang akan kami guna perlu diservis sebaiknya. Keadaan motosikal yang baik dan terbaik akan memudahkan lagi perjalanan kami sepanjang perjalanan.

Buat masa ini, motosikal masih lagi berada dalam peringkat percubaan dan masih lagi di’cuba’ untuk memastikan MrJocko sendiri boleh menunggang sejauh lebih kurang 2,000km perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Grik, Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh dan kembali ke Kuala Lumpur.

Plan untuk Travel Malaysia Dengan Superbike ini masih dalam perancangan, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil. InsyaAllah, kalau ada peluang, MrJocko akan cuba Travel Malaysia dengan Superbike.

Maybe nak cuba mintak tajaan dari Ducati Malaysia 

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.