GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijriah Tahun 2015

Tahun ini, tahun beraya Aidilfitri di Kelantan, giliran kampung MrJocko. Kebetulan kali ini, adik-beradik MrJocko semua balik kampung. Saudara mara sebelah arwah Pak Long pun semua balik ke kampung. Maka meriah yang amat sangat bila hampir 20 keluarga berkumpul di kampung lebih-lebih lagi di sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kami sekeluarga selamat sampai pada petang Rabu, 15 Julai 2015 selepas menempuh 12 jam perjalanan melalui Jalan Bentong – Gua Musang. Fuh! memang kali ni agak mencabar kerana bila masuk pekan Bentong, jalan sudah sesak dengan kereta. 

 

hari-raya-aidilfitri-2015
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Sambutan-hari-raya-aidilfitri-2015 hari-raya-aidilfitri-2015-03

 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, tahun ke 5 kami beraya tanpa arwah Ayah dan juga Pak Long. Terasa juga sebab masa ni anak-anak MrJocko dah besar dan cucu-cucu lain pun sudah ramai. 

Hari Raya kami seperti biasa, bermula selepas Solat Sunat Aidilfitri di ‘Balasoh’ depan rumah MrJocko dan kemudian aktiviti makan-makan di rumah dan di rumah Mak Long. Sebelah petang, kami selalu ke kampung arwah Ayah dan Mak Kandis melawat Mak Ngah sekeluarga. Ini juga kampung kami, Kampung Kandis di Bachok, Kelantan.

Paling best kalau balik kampung di Kandis, dapat makan buah kelapa muda, makan nasi ikan rebus goreng, ulam dan budu serta makan buah mangga muda.

 

 

hari-raya-aidilfitri-2015 hari-raya-aidilfitri-2015 hari-raya-aidilfitri-2015

 

 

Antara tarikan lain kalau balik ke Kandis, pantai yang memang terbentang luas di daerah Bachok membawa ke Tok Bali, Pasir Puteh. Di sini zaman MrJocko remaja, tempat mandi manda dan tangkap Ketam Bunga bila tiba musim setiap tahun.

Selalunya, kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri kami sekeluarga berterusan sehingga beberapa hari, tapi sebab sekarang ni sudah jauh menetap di Kuala Lumpur, biasanya hari raya ke-3, kami sudah bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Sebenarnya, untung bagi sesiapa yang ada kampung. Sebab itu, sebolehnya, jika ada kesempatan seperti musim perayaan seperti Aidilfitri seperti ini, jom balik kampung dan raikan kemeriahan hari raya bersama ayah ibu, adik beradik, saudara mara dan rakan-rakan sekampung.

Saya Orang Kampung dan beginilah cara kami sambut Aidilfitri tahun 2015.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.