GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Melancong ke Kaohsiung Teaser Day 5

Masih di Ambassador Hotel Kaohsiung. Untuk trip kali ni pun, 2 malam kami menginap di hotel 5 bintang dan bersebelahan dengan Love River Kaohsiung. Memang lokasi hotel yang strategik dan menarik jika anda melancong ke Kaohsiung, Taiwan.

Itinerary hari ini kami akan menuju ke E-da World, satu lokasi real estate yang besar dan terkenal di daerah Kaohsiung ini. Fokus kami tentulah kepada E-da Theme Park yang menjadi tarikan utama penduduk Taiwan untuk hiburan taman tema. 

Trip Melancong Ke Kaohsiung Taiwan.

Melancong ke Kaohsiung Teaser Taiwan Trip_ke_Kaohsiung_AirAsia_02 Trip_ke_Kaohsiung_AirAsia_03 Trip_ke_Kaohsiung_AirAsia_04 Trip_ke_Kaohsiung_AirAsia_05

Trip_ke_Kaohsiung_AirAsia_06 Trip_ke_Kaohsiung_AirAsia_07 Trip_ke_Kaohsiung_AirAsia_08 Melancong ke Kaohsiung Teaser AirAsia Trip_ke_Kaohsiung_AirAsia_11 Melancong ke Kaohsiung

Melancong ke Kaohsiung Teaser Day 5

To much thing to do at E-da World Kaohsiung. You can enjoy the theme park for the whole day, take a theme park ride, sight seeing, ferris wheel, shopping, watching movies, live performance session and many more to catch. Berbaloi untuk anda singgah di E-da World Kaohsiung.

Makan tengahari kami di Chateau de Chine Kaohsiung untuk Muslim Friendly Restaurant. Menu untuk kali ini adalah set makanan berasaskan masakan Chinese Taiwan. Restoran ini menyediakan ruang makan dan peralatan Halal mengikut panduan Muslim Society of Taiwan.

Dari menu makanan tengahari kami ke The Pier 2 Art yang terletak di sekitar pelabuhan di sekitar Kaohsiung. Ruang kawasan ini dijadikan lokasi pementasan seni halus dan seni ukiran yang diperbuat dari bahan-bahan buangan. Hasilnya, memang terbaik. Anda mesti lihat.

Puas mengelilingi kawasan seni ini, kami menaiki Feri untuk ke Cijin Island. Pulau yang terbentuk secara semulajadi ini adalah antara tarikan utama di Kaohsiung. Ada banyak restoran masakan laut di sini dengan harga murah dan juga pemandangan pantai dan sunset yang sangat indah.

Berbaloi untuk berjalan kaki beberapa meter untuk ke Cijin Star Tunnel dan juga Cijin Beach untuk pengalaman pemandangan sunset di sini.

Menamatkan perjalanan kami pada hari Ke-5, makan malam di sebuah restoran Xianjing, berkonsepkan menu masakan budaya dari Xianjing. Menu utama adalah Kambing Panggang yang memang sedap… Serius sedap,,,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.