GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Gaya Saya Bila Melancong Luar Negara

Ketika melancong, ramai yang berpendapat susah untuk bergaya. Mungkin di sebabkan ramai antara kita yang memilih untuk membawa pakaian atau kasut yang biasa dan memudahkan urusan ‘packing beg’ supaya tidak terlebih muatan bagasi. Ya betul, tetapi masih ada cara untuk anda kekal bergaya kalau travel atau melancong ke mana-mana negara.

MrJocko sebenarnya setuju, jika melancong, cari pakaian yang sesuai dan seringkas boleh kerana ia memudahkan kita untuk bergerak dan selesa sepanjang perjalanan. Namun begitu, kalau dalam keadaan melancong, kita boleh bergaya, apa salahnya… ?

Sebab itu, jika anda yang pentingkan gaya, sudah pasti kalau ke mana sekali pun anda mesti nak dilihat dengan gaya sendiri dan style kan???

 

Travel Blogger
Travel Blogger Malaysia

fashion-travel-blogger-08

 

 

MrJocko bukan lah orang yang pandai sangat dalam fesyen. Tetapi sekali sekala, ikut jugak la gaya yang simple dan nampak tidak over. Kalau dulu gaya GQ sluar besar, zaman sekarang Hipster seluar ketat. Namun, bila dah berumur macam MrJocko, tak perlu lah nak Gaya Hipster sangat sebab sedar diri dah tua :). Cukup la kalau sekadar memakai outfit pakaian yang up to date dan juga tidak ketingalan zaman.

fashion-travel-blogger-malaysia-01 Gaya Seorang Travel Blogger fashion-travel-blogger-malaysia-03 fashion-travel-blogger-malaysia-04

 

Ini antara gaya MrJocko ketika bercuti di Taiwan baru baru ini. Lokasi yang kami singgah ialah destinasi Kaohsiung, Tainan, Alishan dan juga Chiayi City, Taiwan. Semasa trip ke Taiwan ini, MrJocko membawa 2 kasut sneakers dan beberapa seluar yang sememangnya MrJocko suka pakai kerana ia selesa dan up-to-date. Kos untuk T-shirt yang MrJocko pakai cuma RM50 untuk 3 helai, tidak termasuk T-shirt Hard Rock Cafe Tokyo.

 

Gaya Seorang Travel BloggerGaya Seorang Travel Blogger Gaya Seorang Travel Blogger 12

 

Ini pula gaya ketika Trip ke Universal Studios Japan awal bulan ini, Oktober 2015. Pun sama, MrJocko menggunakan 2 kasut sneakers dan juga T-shirt sahaja untuk travel di Osaka dan beberapa tempat di Kobe, Jepun. Yes, selesa memandangkan kami banyak berjalan dan cuaca pun dalam keadaan dingin dan tidak terlalu panas. 

Ketika di Dubai, MrJocko guna 2 helai kemeja dan beberapa T-shirt. Asalnya bercadang tak nak pakai kemeja sebab takut panas, tetapi rupanya, bila dapat pakai kemeja, ia lebih selesa. Tak panas dan ia memang halang kulit dari kena pancaran matahari. So, kalau anda ke Dubai, sebaiknya pakai baju yang mempunyai lengan panjang untuk elakkan dari UV matahari yang panas di Dubai.

 

Gaya Seorang Travel Blogger
Gaya Saya Bila Melancong Ke Dubai

Gaya Seorang Travel Blogger 15

Gaya Seorang Travel Blogger

 

So, samada anda seorang yang pentingkan gaya atau tidak semasa travel, bukan isu yang besar sebenarnya, tetapi keselesaan diri. Cuma MrJocko nak kongsi, kalau anda jenis yang suka bergaya sebenarnya boleh jer. Janji anda boleh melancong dengan keadaan selesa samada untuk travel atau aktiviti semasa travel.

Kalau ada orang lain kata kita over masa travel, kena check balik la. Mana tau ada yang kita tersilap dalam memilih pakaian. Tetapi, selagi anda rasa anda selesa dan yakin dengan pakaian tersebut, peduli orang kata apa… 🙂 T

Tapi, Bila Melancong Luar Negara

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.