GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Lokasi Hard Rock Cafe Dubai Tempat Wajib Singgah

Lokasi Hard Rock Cafe Dubai Tempat Wajib Singgah. Antara lokasi yang sekarang menjadi lokasi wajib singgah kalau MrJocko melancong ke luar negara ialah Hard Rock Cafe. Ramai yang mungkin tahu, Hard Rock Cafe mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia dan mempunyai koleksi jualan T-shirts dan juga cenderahati limited edition dan unik bagi setiap outlet mereka di seluruh dunia.

Mungkin sebab ini, ramai peminat dan pengumpul koleksi barangan Hard Rock Cafe sanggup untuk ambil masa singgah di sini, jika mereka berpeluang singgah di mana-mana lokasi bandar yang mempunyai outlet Hard Rock Cafe.

Baca : Pengalaman di Atlantis Palm Dubai

Hard Rock Cafe Dubai

Hard Rock Cafe Dubai

 

Hard Rock Cafe Dubai terletak tidak jauh dari Business Bay Crossing di Pusat Festival, Dubai Festival City, salah satu gedung membeli-belah utama di bandar ini. Hanya beberapa minit sahaja perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Dubai Festival City terletak di pinggir Dubai Creek di sebelah Deira, kawasan bandar lama Dubai.

Hard Rock Cafe Dubai Hard Rock Cafe Dubai 03 Hard Rock Cafe Dubai 04 Hard Rock Cafe Dubai 05

 

Untuk info anda, Hard Rock Cafe UAE Dubai menawarkan outlet keluasan restoran dan juga kedai jualan lebih daripada 2700 meter persegi dan mempunyai dua Rock Shops®, pentas untuk persembahan secara langsung, bilik peribadi fungsi VIP, lounge yang berasingan, dan teres luaran yang indah. 

Baca : Lost Chambers Aquarium Atlantis Palm Dubai

MrJocko sebenarnya kebetulan singgah di Hard Rock Shop Dubai, ketika dalam perjalanan untuk makan tengahari di sebuah Restoran Tradisional Al-Fanar, restoran masakan tradisi Emirati yang terkenal di Dubai. Memang rezeki bila dapat singgah di sini sekejap. Tak perlu nak susah-susah naik transport lain.

Alhamdulillah, bila sampai sini, sempat la membeli beberapa koleksi T-shirt dan cenderahati untuk rakan-rakan di Malaysia. Biasanya design yang ada di mana-mana Hard Rock Cafe memang berbeza. Tambah-tambah jenis Fridge Magnet Hard Rock Cafe dan T-shirts Tee City. Nak kata mahal, boleh tahan mahal harganya, tetapi itu lah Dubai, lokasi bandar antara yang termahal di dunia.

Jadi untuk peminat T-shirt dan aksesori dari Hard Rock Cafe, boleh la simpan koleksi dari Hard Rock Cafe UAE Dubai 🙂 http://www.hardrock.com/cafes/dubai/

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.