Lite FM dan Suria KLCC Group Raih Lebih RM60,000
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Lite FM & Suria KLCC Group Raih Lebih RM60000 untuk NASOM

Penghargaan besar diberikan buat seluruh rakyat Malaysia! Dalam menyokong sebuah kempen yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai autisme di kalangan rakyat Malaysia, tenaga kerja Rancangan Sarapan Pagi Lite FM baru-baru ini membangkitkan semangat pendengar mereka untuk menyokong kempen Sunshine September 2015 dengan Raih Lebih RM60000 Untuk NASOM

Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). NASOM adalah sebuah pertubuhan Badan –Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyediakan sokongan untuk membantu mereka yang mengalami autisme dengan menghulurkan dan memberikan semangat bagaimana untuk menjalani kehidupan yang lebih produktif.

Kempen ini telah pun berlangsung pada bulan September lalu. Pihak Lite FM telah melancarkan kempen ini dengan menayangkan sebuah video seorang remaja lelaki autistic bernama Umar Hasfizal menyanyikan sebuah lagu berjudul You Raise Me Up oleh Josh Groban. Tercetusnya idea ini adalah untuk mendapatkan 10,000 ‘like’ dari orang ramai melalui laman Facebook Lite FM. Ini adalah kerana untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia perihatin terhadap mereka yang mengalami autism seperti video yang ditayangkan di laman Facebook Lite FM dan Suria KLCC Kumpulan yang akan meraih dana RM 1 untuk satu ‘like’.

Kempen ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila anggaran 10,000 orang yang ‘like’ telah meningkat kepada 50,000 ‘like’ bersama RM 50,000 dalam masa tiga hari. Pada akhir kempen ini pula, video tersebut menerima sebanyak 66,863 ‘like’.

Maka, jumlah yang akan disumbangkan oleh Suria KLCC kepada NASOM adalah RM66, 863. Pihak Lite FM dan Suria KLCC Group ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat stesen tersebut dan Suria KLCC Group kerana sudi menghulurkan bantuan berbentuk sedemikian.

Menurut Aaron Pinto, selaku Pengurus Rangkaian Kandungan Lite FM, Sinar FM dan THR Gegar, “Kami amat gembira kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada kempen Sunshine September tahun ini.

Program sebegini jugalah merupakan salah satu impian Lite FM untuk melaksanakannya sejurus menyumbang kepada masyarakat. Tanda utama kejayaan adalah untuk memukul sasaran kami tetapi terima kasih kepada semua peminat, semuanya kami, kami raih lebih RM60,000. Itulah enam kali ganda daripada sasaran! “

Sesi penyerahan cek akan diadakan pada bulan November nanti, dan turut sertai sesi tersebut adalah penyampai Rancangan Sarapan Lite FM, Lite Breakfast iaitu Steve dan Shaz. Hasil sumbangan tersebut didermakan kepada NASOM supaya badan ini boleh melaksanakan program-program berbentuk pendidikan mereka termasuk program sekolah arus perdana, program intervensi awal yang intensif.

Untuk maklumat selanjutnya mengenai kempen Sunshine September, sila layari www.sunshineseptember.com

Lite FM dengan kerjasama Suria KLCC Group Raih Lebih RM60,000 untuk NASOM

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.