GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

The Lost Chambers Aquarium Atlantis Di Dubai Yang Menakjubkan

Pertama kali sampai di Atlantis Palm Dubai, MrJocko sangat teruja. Indahnya pemandangan pulau buatan yang dibina menggunakan konsep daun palma dan mengunjur ke tengah lain berpuluh kilometer dari persisir pantai. Di sini, terletaknya Atlantis Palm yang di dalamnya mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik di Dubai termasuk The Lost Chambers Aquarium Aquaventure Waterpark Atlantis The Palm Hotel, kediaman mewah dan banyak lagi.

The Lost Chambers Aquarium antara lokasi yang MrJocko sempat singgah. Di sini, dihimpunkan ribuan hidupan laut terbaik untuk di letakkan dalam satu aquarium besar. Ia menakjubkan. Sebuah tangki air laut yang besar ini memuatkan ikan jerung, ikan pari dan ribuan jenis ikan-ikan lain setinggi bangunan 3 tingkat. Wow!!!

The Lost Chambers Aquarium

Lost Chambers Aquarium

The_Lost_Chambers_Aquarium_Dubai
Pemandangan Atlantis The Palm Hotel yg menakjubkan

Apa yang menakjubkan MrJocko, tangki akuarium di The Lost Chambers ini dibina dan direka umpama ‘Kota Tinggalan’ dan ia sememangnya menaikkan keindahan aquarium besar ini untuk dinikmati oleh pengunjung. Berada di sini, umpama anda turut berada di dalam akuarium dan seakan selari berenang bersama-sama ikan-ikan di sini.

Lost Chambers Aquarium
The Lost Chambers Main Entrance
lost_chambers_aquarium_atlantis_dubai_04
Subhanallah!!! Cantiknya

lost_chambers_aquarium_atlantis_dubai_03 The_Lost_Chambers_Aquarium_Dubai

The_Lost_Chambers_Aquarium_Dubai The_Lost_Chambers_Aquarium_Dubai

 

Apa yang menakjubkan MrJocko, tangki akuarium di The Lost Chambers ini dibina dan direka umpama ‘Kota Tinggalan’ dan ia sememangnya menaikkan keindahan aquarium besar ini untuk dinikmati oleh pengunjung. Berada di sini, umpama anda turut berada di dalam akuarium dan seakan selari berenang bersama-sama ikan-ikan di sini.

Kebiruan air laut ini memang mendamaikan. Samada anda tetamu hotel atau anda memebeli tiket untuk masuk ke The Lost Chambers Aquarium, anda pasti akan dapat merasai kehidupan laut selama anda menatap The Lost Chambers ini.

 

lost_chambers_aquarium_atlantis_dubai_07 lost_chambers_aquarium_atlantis_dubai_08 Lost Chambers Aquarium The_Lost_Chambers_Aquarium_Dubai The_Lost_Chambers_Aquarium_Dubai The_Lost_Chambers_Aquarium_Dubai

 

 

Harga untuk tiket masuk ke The Lost Chambers untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas ialah AED100. Untuk pakej lain di The Lost Chambers Aquarium Dubai adalah seperti berikut : 

Age 12+3-110-2
The Lost Chambers AquariumAED 100AED 70Free
Age 6+
Behind The ScenesAED 75
Ray FeedingAED 175
Ultimate SnorkelAED 250
AGE 8+
Shark SafariAED 295
Age 10+
Dive Explorer*AED 950
Dive DiscoveryAED 1,150
Ultimate Dive*AED 2,500

 

Maklumat lanjut anda boleh layari laman web : https://www.atlantisthepalm.com/marine-water-park/lost-chambers-aquarium

Lost Chambers Aquarium

 

The Lost Chambers Aquarium Atlantis

Sudah pasti kalau anda ke Dubai, ambil peluang untuk ke Atlantis Palm. Anda boleh menaiki Monorail untuk ke sana dengan hanya bayaran sekitar AED18 untuk satu hala dan nikmati pemandangan Atlantis Dubai yang sangat cantik. Untuk sight seeing, anda boleh jalan-jalan santai di Antlantis Palm Dubai, di sana ada banyak ruang shopping mall sambil menikmati pemandangan Atlantis.

Jom ke Dubai bersama penerbangan Emirates Airline. Untuk anda yang ingin terbang dengan Emirates, dapatkan diskaun khas untuk anda apabila menempah tiket di Emirates Online : – www.emirates.com/my/DTCM

Promosi ini untuk tempahan dari 15 September 2015 sehingga 30 November 2015. Anda boleh terbang dari 15 September 2015 sehingga 31 Mac 2016. Jangan lupa masukkan KOD MYDTCM1 untuk dapatkan diskaun murah tambang penerbangan Emirates Airline.

Booking Dates
15 Sep 2015 – 30 Nov 2015
Travel Dates15 Sep 2015 – 31 Mar 2016Promotion Code
MYDTCM1
Vanity URL Link
www.emirates.com/my/DTCM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.