PETRONAS Talent Development Programme Driver
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Nabil Jeffri : PETRONAS Talent Development Programme Driver

Sesuatu yang menarik sebenarnya bila kita travel ke luar negara dan melihat beberapa nama ‘Orang Malaysia‘ terkenal dan menjadi idola orang bukan Malaysia, tambah-tambah lagi mereka yang terlibat dalam sukan Permotoran. Paling terkenal ialah jenama Petronas yang kini gah meneroka pasaran luar negara.

Bukan sahaja terkenal dengan produk bahan bakar serta produk berkaitan Permotoran, Petronas kini banyak menymbang kepada research and development kepada permotoran dalam meningkatkan mutu mereka serta membawa bakat-bakat baru dari produk rakyat Malaysia.

Salah satu yang MrJocko respek, adalah pelumba Formula 3 : Nabil Jeffri, hasil dari “PETRONAS Talent Development Programme Driver” sejak beberapa tahun yang lepas selain dari pelumba motosikal Hafizh Syahrin dan juga Ramdan Rosli, Moto 2.

PETRONAS Talent Development Programme Driver

PETRONAS Talent Development Programme Driver

mesti-cabar-lagi-petronas-03

Nabil Jeffri Pelumba Formula 3 Petronas

Kempen #MestiCabarLagi adalah satu kempen berterusan daripihak Petronas dalam aktiviti dan program membangunkan sukan permotoran dengan memberikan peluang dan galakkan kepada pelumba Malaysia untuk beraksi di dalam pentas cabaran dunia, seperti perlumbaan Formula 3 dan juga Moto2. Nabil Jeffri ialah salah satu daripada PETRONAS Talent Development Programme.

MrJocko sebagai rakyat Malaysia sebenarnya berbangga dengan pencapaian anak-anak Malaysia dalam sukan permotoran ini. Sekarang Petronas banyak membantu bakat-bakat baru dalam sukan seperti ini. Di harapkan satu hari nanti, kita akan mempunyai wakil dalam perlumbaan Formula 1 (seperti Alex Yoong), MotoGP dan sukan permotoran lain di dunia.

Saksikan kegigihan PETRONAS dan wakil-wakil yang menggalas cabaran Malaysia di pentas perlumbaan dunia di laman Petronas Motorsports Fanpage atau Youtube Petronas Motorsports.

Mesti Cabar Lagi Nabil Jeffri #MestiCabarLagi

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.