GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Hayashi Store Tainan Pernah Kena Bom

Hayashi Department Store (林百貨; pinyin: Línbǎihuò) atau lebih dikenali sebagai Hayashi Store Tainan adalah sebuah shopping mall sederhana besar di Daerah Central West, Tainan, Taiwan. Bangunan setinggi 5 tingkat ini, mempunyai ruang jualan beberapa jenis barangan seperti kedai pakaian, aksesori, gadget, kraftangan, pameran budaya dan juga beberapa restoran atau cafe.

Gedung membeli-belah Hayashi Store ini pada asalnya siap dan dibuka pada 5 Disember 1932. Apabila siap, bangunan itu adalah salah satu daripada dua kedai seumpamanya di Taiwan dengan yang mempunyai kemudahan lif.

Hayashi Store Tainan Taiwan

Hayashi Store Tainan

Malangnya, ketika Perang Dunia II (World War II di Taiwan) bangunan ini telah dibom oleh Amerika Syarikat dengan menggunakan kapal terbang pada akhir Perang Dunia II. Bangunan ini hampir musnah tetapi masih boleh dibina kembali.

Selepas kerja-kerja pengubahsuaian, fungsi bangunan itu telah dipulihkan dan dibuka semula pada 14 Jun 2014 di satu majlis dipengerusikan oleh Datuk Bandar Tainan William Lai, dan kini ia dikenali sebagai Hayashi Store Tainan.

Gedung membeli-belah ini boleh diakses dengan mudah samada dengan berjalan kaki, teksi atau bas, serta menggunakan Stesen Keretapi Tainan. Oleh sebab sejarah bangunan Hayashi Store dan juga kedudukannya yang mudah akses, ia antara lokasi yang menjadi tumpuan warga kota dan pelancong, jika berkunjung ke Tainan.

Sehingga hari ini, struktur bangunan keluli 5 tingkat ini masih dan semakin menarik perhatian sesiapa sahaja. Beberapa kesan dan hasil dari kesan bom ketika Perang Dunia II masih lagi di simpan dan dipamerkan untuk tontonan umum di Hayashi Store.

Hayashi Store Tainan hayashi_store_tainan_02 Hayashi Store Tainan hayashi_store_tainan_05 Hayashi Store Tainan

Yang Menarik Di Hayashi Store Tainan

Oleh kerana reka bentuk bangunan ini dibina kembali dari kesan bom, ia tidak sekuat struktur asal. Untuk info, dalam satu-satu masa,  kapasiti keseluruhan bangunan adalah di bawah seramai 500 orang sahaja. Itulah sebabnya jika anda singgah di Hayashi Department Store, pengunjung dihadkan kepada maksima 500 orang sahaja dalam satu masa. 

Pembinaan semula bangunan Hayashi Store masih menyimpan kebanyakan reka bentuk dalaman asal, dari lif, bahan-bahan lantai, tangga ke atas bumbung dan juga siling. Setiap satu meja, kerusi, dan rasuk dan tiang di kedai jabatan ini penuh dengan cerita sejarah. Di atas bumbung, anda bukan sahaja boleh melihat pemandangan indah jalanraya di Tainan, tetapi ada juga sebuah kuil Shinto dibina semasa Era Kolonial Jepun.

Antara Kesan Bom Perang  Dunia II

Hayashi Store Tainanhayashi_store_tainan_10hayashi_store_tainan_11Hayashi Store Tainan

hayashi_store_tainan_07

 

Anda mungkin boleh singgah di Hayashi Store untuk dapatkan koleksi kraf atau cenderahati yang terbaik untuk anda dan kawan-kawan, koleksi edisi terhad dari Hayashi Store. Ia mungkin nampak seperti bangunan biasa tetapi ia menyimpan banyak sejarah tentang Tainan dan Taiwan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.