GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sony Xperia C5 Ultra Review Dari MrJocko

Sebelum sertai Trip best ke Universal Studios Japan, MrJocko ditawarkan untuk review satu unit Sony Xperia C5 Ultra, salah satu smartphone terbaru dari Sony yang dikatanya mempunyai beberapa kelebihan yang sudah dipertingkatkan dari model sebelum ini.

Tugas MrJocko untuk menggunakan Unit Demo ini disepanjang percutian MrJocko ke Osaka dan membuat sedikit review ringkas tentang peranti Sony Xperia C5 Ultra ini. Harga Sony Xperia C5 Ultra Dual ini dijual sekitar harga RM1,349.

Sony Xperia C5 Ultra Review

Secara umum, bagi yang belum tahu, spesifikasi Sony Xperia C5 Ultra Dual ini boleh dilihat dengan melihat beberapa ciri-ciri dan spesifikasi termasuk :

Pemprosesan : Octa-core 1.7 GHz Cortex-A53

CPU : Processor with 2 GB RAM

Storan :  16 GB internal storage + microSD (up to 200 GB)

Skrin :  6-inch IPS LCD capacitive touchscreen (1080 x 1920 pixels, 367 ppi) display.

Kamera Belakang : 13MP rear camera and supports Wifi, NFC, GPS, 3G and 4G LTE.

Kamera Depan : Selfie 13MP

Bateri : Non-removable Li-Ion 2930 mAh battery at 8.2mm device thickness

Berat : 187g

OS : Android OS, v5.0 (Lollipop)

Sony Xperia C5 Ultra Review

Sony Xperia C5 Ultra Review

Sony Xperia C5 Ultra

Selama tempoh lebih sebulan MrJocko menggunakan smartphone Sony Xperia C5 Ultra ini, ia antara gadget smartphone yang berada dalam lingkungan sederhana. Memandangkan dengan harga RM1349, Sony menawarkan satu gadget smartphone yang agak berbaloi untuk dimiliki oleh semua, terutama untuk golongan muda. Peranti yang mempunyai saiz 6 inci ini sebenarnya boleh dipertingkatkan lagi dan ia mungkin smartphone yang berada di tahap sederhana dalam keluarga smartphone Sony Mobile.

Apa yang MrJocko Suka tentang Sony Xperia C5 Ultra

  1. Kualiti kamera utama (belakang) memang tidak dinafikan antara kualiti kamera terbaik.
  2. Pemprosesan Octa Core memang laju dan ia sesuai untuk anda yang sukakan kelajuan dalam smartphone anda.
  3. Internal storage dan ditambah dengan external storage memang memberikan anda lebih ruang untuk simpanan data yang besar
  4. Dual Card sudah pasti penting untuk anda yang mempunyai 2 no telefon.
  5. Kualiti paparan skrin mempunyai warna yang agak natural. Tidak keterlaluan.

Apa yang MrJocko Tidak Suka tentang smartphone Xperia C5 Ultra

  1. Untuk selfie, jenis Sony Xperia C5 Ultra ini tidak sesuai kerana bukaan selfie yang memang tidak Wide. 22mm tidak sesuai untuk selfie kerana bukaan wide 18mmke bawah adalah lebih baik.
  2. Saiz 6 inci terlalu besar untuk MrJocko. Bagi lelaki, nak simpan saiz 6inci agak susah.
  3. Untuk kualiti Sony, hasil gambar untuk kamera depan dengan 13MP agak mengecewakan. 
  4. Flash untuk kamera depan memang bagus, tetapi hasil yang diambil tidak natural dan kadang-kadang over blown.

sony xperia c5 review 02 sony xperia c5 review 03 sony xperia c5 ultra review 03 sony xperia c5 ultra review 14 sony xperia c5 ultra review 17sony xperia c5 ultra review 05 sony xperia c5 ultra review 21 sony xperia c5 ultra review 23 sony xperia c5 ultra review 27

sony xperia c5 ultra review 12 sony xperia c5 ultra review 13

Anda boleh lihat banyak gambar yang MrJocko ambil ketika trip ke Osaka termasuk ketika kami di Universal Studios Japan dan MrJocko banyak mencuba mengambil gambar menggunakan kamera Sony XPeria C5 Ultra Dual ini. Antara hasil yang cantik ialah apabila waktu siang dan cukup dengan cahaya matahari. Namun bila waktu malam, anda perlu pandai memilih ‘mode’ yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang baik.

Jangan berharap kepada Mode Auto kerana kadang-kadang ia tidak memberikan hasil terbaik untuk gambar anda, lebih-lebih lagi kualiti kamera Selfie Sony Xperia C5 Ultra.

Gambar makanan dari kamera Sony Xperia C5 Ultra

sony xperia c5 ultra review 04 sony xperia c5 ultra review 29

Gambar pemandangan di siang hari

sony xperia c5 ultra review 08 sony xperia c5 ultra review 18 sony xperia c5 ultra review 24

Gambar dari Sony Xperia C5 Ultra waktu malam

sony xperia c5 ultra review 10 sony xperia c5 ultra review 25 sony xperia c5 ultra review 26 sony xperia c5 ultra review 28

Review Sony Xperia C5 Ultra

Kesimpulannya, untuk nilai yang ditawarkan, smartphone Sony Xperia C5 Ultra Dual ini agak berbaloi jika anda ingin menggunakannya kerana ia adalah satu pilihan yang berada di tengah-tengah koleksi smartphone Sony antara yang terbaik dan yang terendah.

Anda mungkin boleh mendapatkan hasil yang lebih baik bila menggunakan Sony Xperia C5 Ultra Dual ini jika pandai menggunakan features lain di dalam peranti Sony Xperia ini. Secara umum kelemahan yang ada pada smartphone ini tidak la menjadi isu yang besar, tetapi untuk saiz smartphone sebesar skrin 6 inci mungkin bukan pilihan MrJocko melainkan ia datang dengan spesifikasi lain yang terbaik yang tidak boleh MrJocko tolak.

Untuk dapatkan smartphone Sony Mobile, sila dapatkan peranti smartphone anda di wakil jualan yang sah atau terus ke Sony Mobile di cawangan seluruh Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.