GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

LIVE Piala Malaysia 2014 Belakang Tabir Astro Arena

Live Piala Malaysia 2014 Belakang Tabir 04 copy

Musim Perlawanan Akhir Piala Malaysia kini kembali. Malam ini, pasukan Kedah akan menentang pasukan Selangor dalam sesi Perlawanan Akhir LIVE Piala Malaysia 2015 bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor. Samada Selangor atau Kedah, kedua-duanya akan bermatian untuk memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 ini.

Antara, hero yang mungkin tidak kita ketahui semasa perlawanan akhir bolasepak LIVE Piala Malaysia ini sudah pastinya kru dan team siaran luar Astro Arena yang bertungkus lumus dalam merakamkan video dan sampaikan yang terbaik untuk tontonan anda semua di rumah.

Live Piala Malaysia 2014 Belakang Tabir 01 Live Piala Malaysia 2014 Belakang Tabir 02 Live Piala Malaysia 2014 Belakang Tabir 03 Live Piala Malaysia 2014 Belakang Tabir 05 Live Piala Malaysia 2014 Belakang Tabir 08 Live Piala Malaysia 2014 Belakang Tabir 10 Live Piala Malaysia 2014 Belakang Tabir 11 Live Piala Malaysia 2014 Belakang Tabir 12 Live Piala Malaysia 2014 Belakang Tabir 14

Selama beberapa jam MrJocko di dalam Kontena yang menempatkan pejabat dan ruang kerja mereka, MrJocko sekarang memahami betapa sukar dan pentingnya tugas mereka dalam menyampaikan siaran langsung Piala Malaysia kepada kita semua.

Tugas mereka memang bukan mudah kerana ia adalah siaran langsung. Namun, tidak ramai yang mengetahui mereka juga adalah hero yang tidak didendangkan selama ini.

Sebagai peminat rancangan siaran langsung Perlawanan Akhir Piala Malaysia, secara peribadi MrJocko ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka dan team mereka. Tanpa hasil kerja mereka, tiada la siaran langsung perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia.

Tahun ini nampaknya bukan tugas Astro Arena untuk Perlawanan Akhir LIVE Piala Malaysia 2015. Di harapkan tahun depan dapat berkerjasama sekali lagi dengan Astro Arena untuk Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016.

Good Luck kepada pasukan Kedah dan juga Selangor. Semoga kedua pasukan ini boleh memberikan mutu permainan bolasepak terbaik di Final Piala Malaysia 2015.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.