GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Bagaimana Nak Cara Travel Murah Ke Bangkok Thailand

Kisah travel MrJocko di Bangkok sudah banyak kali MrJocko kongsi di Blog ini. Namun ada yang bertanya, ada tak cara travel murah ke Bangkok yang membolehkan pelancong yang mempunyai bajet kecil tetapi masih boleh ‘enjoy’ dengan trip yang menarik di bandar Bangkok, Thailand.

Jawapan untuk travel murah ke Bangkok Thailand memang ada dan ia antara pakej yang selalu backpakers guna sepanjang percutian mereka di Bangkok.

Travel Murah Ke Bangkok

 Travel Murah Ke Bangkok

Suvarnabhumi Airport ke Bangkok City

Paling mudah dan jimat untuk ke Bangkok City ialah dengan menaiki Train. Anda boleh menggunakan SA City Line dari stesen Suvarnabhumi menuju ke Phaya Thai. Mudah sahaja dan semestinya murah dari bayaran Teksi atau Bas. Lagipun menaiki train ke kota Bangkok sangat mudah dan tidak la susah.

travel murah di bangkok 01

Sim Kad Di Bangkok

Untuk anda yang sentiasa mahu berhubung dengan dunia Internet, anda sudah pasti memerlukan Data 3G atau 4G selama anda bercuti di Bangkok. Jika nak pilih Sim Kad yang sesuai, MrJocko cadangkan anda mengambil Prepaid AIS 3G ini. Pakejnya sekitar Baht 299 untuk data Unlimited Social Media seperti Facebook, Twitter, Whatsapp selama 7 hari.

Kad Sim di Bangkok Kad Sim di Bangkok

Hotel di Bangkok

Banyak guest house atau Boutique hotel tersedia di Bandar Bangkok. Antara lokasi yang menjadi pilihan ramai pelancong sebab ada banyak bilik murah di sekitarnya ialah di kawasan Silom Road atau Sukhumvit Road. Kawasan ini juga dekat dengan akses LRT atau kemudahan lain serta ada pasar malam.

Harga bilik di guest house sekitar ini hanya sekitar 800 Baht ke atas. Kalau nak duduk dorm backpakers, mesti lagi murah.

Makanan Halal di Bangkok

Di Bangkok ramai penjual makanan Halal. Jangan risau kerana di sini ada ramai penjual Muslim yang berniaga. Cuma kena rajin sikit pilih lokasi. Ada beberapa kedai dan banyak yang boleh anda pilih dengan mudah menggunakan Google. 

halal bangkok 01 halal bangkok 01 halal bangkok 01

Tomyam Original di Bangkok

Transport di Bangkok

Kat Bangkok, nak jimat dalam masa sehari, boleh guna Pass Daily seperti ini, kegunaan bagi Bangkok Train (laluan bandar) di mana anda diberikan perjalanan yang boleh dikatakan Unlimited Ride dengan harga sekitar 150 Baht. Jimat sangat sangat dan ia sangat berbaloi untuk anda beli.

Nak naik Tuk Tuk pun ok, ia satu pengalaman baru untuk anda. Elakkan mengambil teksi kerana laluan di Bangkok kadang-kadang sesak dan ‘jam’ memang teruk.

Trip Murah Ke Bangkok Trip Murah Ke Bangkok

Trip Murah Ke Bangkok

Shopping di Bangkok

Untuk yang ke Bangkok pada hari Sabtu dan Ahad, anda akan rasa kemeriahan di Pasar Chatuchak Market. Tapi kalau anda melancong ke Bangkok bukan di hujung minggu jangan risau sebab hampir setiap malam disepanjang Silom Road juga ada banyak peniaga menjual barangan murah di Pasar Malam. Ada beberapa lagi yang agak terkenal iaitu Pratunam Market, Jatujak Market dan banyak lagi.

Cara Travel Murah Ke Bangkok Thailand Cara Travel Murah Ke Bangkok travel murah di bangkok 12

Tempat Menarik di Bangkok

Walaupun ia sebuah bandar, Bangkok ada beberapa lokasi yang menjadi tumpuan pelancong. Antara yang menjadi tumpuan ialah di Central World Bangkok, Paragon Mall, Siam Mall, MBK Shopping Mall, Flower Market, Floating Market, Chatuchak Market, Silom Night Market, Khaosan Road, Dream World Garden, Chao Phraya River dan banyak lagi.

Banyak lagi yang menari kdi Bangkok, Thailand. Jika anda berkesempatan, boleh la ke Bangkok dan pilih pakej murah ke sana. Banyak pilihan dan semestinya memang ada Cara Travel Murah Ke Bangkok. Salah satunya dengan memilih penerbangan AirAsia dari KLIA2 ke Bangkok 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.