GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

5 Makanan Terbaik Patut Anda Cuba Di Johor

Minggu ini MrJocko dalam program Media Trip bersama Tourism Malaysia dalam usaha, sama-sama mempromosikan produk pelancongan negeri Johor. Jadi kali ini, nak kongsi 5 Makanan Terbaik Di Johor yang mungkin anda belum tahu. Ada orang Johor sendiri mungkin tak pernah cuba dan mungkin ada orang Johor yang tak sedar yang menu makanan terbaik di Johor ini sebenarnya sedap dan menyelerakan.

Lima (5) Makanan Terbaik ini berdasarkan pandangan MrJocko dan pilihan yang dipromosikan sepanjang Johor Media Race 2016. Ini tidak mengikut turutan, sebab kesemua menu ini memang sedap.

Baca : MrJocko dan Review Makan Makan

Makanan Terbaik Patut Anda Cuba Di Johor

makanan-terbaik-di-johor-01 Mee Bandung Muar[/caption]

1. Mee Bandung Muar
Kalau sebut pasal mee bandung, ia terkenal bermula dari Bandar Maharani, Muar. Mee Bandung Muar tak perlu lagi diperkenalkan, hampir semua rakyat Malaysia akan setuju mengatakan mee ini memang sedap.
 

makanan-terbaik-di-johor-laksa-johor Laksa Johor[/caption]

2. Laksa Johor
Berbeza dari Laksa Kelantan, Laksa Penang, Laksa Sarawak, menu Laksa Johor kombinasi mee halus dan kuah ikan, tetapj dimasak dengan ada rasa kari. Cara masak sebenar kena rujuk Chef. Menu Laksa Johor agak menarik untuk hidangan pagi atau petang.
 

makanan-terbaik-di-johor-lontong-johor
Lontong Johor

3. Lontong
Katanya menu Lontong ini berasal dari Jawa. Maklumla orang Johor ramai yang mempunyau penduduk dari Jawa, Indonesia. Dalam resipi Lontong Johor ini ada nasi himpit, telur, sayur dan kuah gulai yang ringan rasanya. Jangan lupa sambal. Korang pernah cuba?
 

makanan-terbaik-di-johor-sate-muar
Sate Maharani Muar

4. Sate Maharani
Kalau di sebelah Muar, sate adalah menu yang dimakan seawal pagi sebagai sarapan. Ia dipadankan dengan nasi himpit dan juga mentimun. Rasa Sate Maharani agak manis dan punyai gabungan daging dan juga lemak serta perut.<  5. Tauhu Bakar Sebelum ini jarang cuba menu Tauhu Bakar. Kali ini dapat rasa menu Tauhu Bakar asli dari lokasi terkenal di Johor. Tauhu bakar dipadan dengan kuah, kacang, sayur mentimun serta sedikit sayur lain.Lengkap sudah perkongsian tentang 5 jenis makanan terbaik ini yang patut anda cuba dan rasa. Ia adalah menu dan resipi tradisional turun temurun sejak dahulu lagi. Untuk kaki makan, ia menu wajib anda patut cuba kalau melancong atau melawat negeri Johor Darul Takzim.Layari : Tourism Malaysia Johor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.