GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Restoran Fish And Chips Halal Di Nollamara Perth

Sebenarnya, kami tidak sengaja terjumpa restoran halal di Perth ini, Restoran Fish And Chips Halal Di Nollamara Perth. Plan asal selepas bersantai di Kings Park & Botanic Garden menuju ke homestay di Mindarie, rumah Mr Robin dan Jenny, yang kami tempah melalui laman web AirBNB.com. Memandangkan perjalanan kami jauh, sebaiknya kami tidur di lokasi yang berdekatan dengan highway menuju ke destinasi seterusnya.

I planned on my first day at Perth, we will drive and stay at Mindarie, since it’s located in our way to Lancelin and Pinnacles. If I want to drive straight to Lancelin and Pinnacles Park, It will takes me about 2 hour and 30 minutes drive from downtown Perth. So, since it’s not a race, better we do it slowly and enjoy the view at Mindarie.

Baca : Cerita Melancong di Perth Australia

Fish & Chips Halal Di Nollamara Perth

Fish & Chips Halal Perth

Nollamara Kebabs ini terletak di kawasan Nollamara. Menurut tuan punya kedai, pemilik dari Turki ini, mereka bermula dari stall yang kecil dan kini mempunyai bangunan restoran di sudut corner shoplot di kawasan ini. Oleh kerana di sini ramai penduduk Muslim dari Turki, Afrika dan beberapa negara timur tengah, restoran mereka bertahan sehingga hari ni.

MrJocko sempat cuba menu Fish & Chips Halal di Nollamara Kebabs ini. Oleh kerana kami tak ramai, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak serta seorang baby, kami order satu Fish & Chips dan juga Crunchy Squids. Cukup la untuk kami. Tambah pula, owner kedai, Ahmed hadiahkan kami Roti Turki yang sangat sedap dan sangat lembut.  

 

Fish & Chips Halal Di Perth

fish_and_chips_halal_nollamara_perth_01 Fish & Chips Halal Perth Fish & Chips Halal Perth

 

Since they served Fish & Chips halal without source, we need to bring our own Sos Cili dari Malaysia. Hahaha!!! 

Fish and Chips at Nollamara Kebabs seem like to big for me. Yes, I cant finish it by myself. Therefore, I shared my portion with my daughter Qistina and my wife shared her portion with Khalisha. Baby Kayla only eat french fries and she loved it.

 

 Fish & Chips Halal Perth

Fish & Chips Halal Perth

 

Restoran Fish & Chips Halal Di Nollamara Perth

Untuk satu set Fish & Chips halal ialah hanya AUD10 dan set Cruncgy Squids cuma AUD12 sahaja. Harga makanan di Perth, Australia, tidak la mahal (jangan diconvert dengan RM) kerana portion yang besar, menu yang segar serta kualiti makanan di sini memang di ambil kira. Ini kerana, orang Australia agak cerewet dalam pemilihan makanan dan mementingkan kualiti makanan yang segar dan berkualiti. Mereka tidak kisah berbelanja lebih asalkan menu yang mereka makan sedap, segar dan berkualiti.

Untuk anda yang mencari menu halal di Perth, boleh semak di carian blog rakan-rakan blogger yang lain. Ada banyak perkongsian lokasi restoran fish & chips halal di Perth dan banyak terletak di kawasan tengah bandar seperti di sekitar Fremantle Market.

Nak cari lokasi Restoran Halal di Perth, boleh lihat di laman web ini Halal Perth.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.