GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sharing Smiles With Mamee Tarik Lebih 500 Orang Di Broga Hills

Bukit Broga memang menjadi destinasi pilihan MrJocko untuk aktiviti mendaki bukit. Bukan sahaja kerana pemandangan di puncak yang menarik, tetapi juga kerana level pendakian di sini adalah tahap rendah dan mudah. Sebab itu, MrJocko dan team Blooggers Media setuju untuk mengadakan program Sharing Smiles With Mamee sempena dengan program sosial kemasyarakatan #ProjekSmiles

Projek Smiles merupakan projek CSR (Corporate Social Responsibilty) pertama Blooggers Media dan mendapat sokong penuh dari penaja utama Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd, TP-LINK Neffos Malaysia dan juga Santai Travel.

Sharing Smiles With Mamee

Sharing Smiles Broga Hills

 

 

Program bermula seawal jam 6.00 pagi. Pasukan Volunteer Projek Smiles bermula di kawasan parkir dengan mengagihkan makanan Mamee dan juga T-Shirt Percuma Neffos kepada mereka yang bertuah, di jalan utama menaiki trek Bukit Broga.

Mana yang sempat, kami agihkan Corntoz, Mister Potato, Mamee Monster dan juga air minuman tin Cool Tea. T-Shirt cantik warna Purple pula, tajaan Neffos Malaysia turut diberikan percuma kepada 100 orang pendaki terawal. Tidak dilupa juga bendera Neffos sebagai peniup semangat pendaki sampai ke puncak Broga.

 

 

Sharing Smiles with MameeSharing Smiles Broga Hills Sharing Smiles Broga Hills

 

Member lama MrJocko, Otai OGKL bernama Mono Amree antara individu penting pada hari tersebut. Team beliau adalah yang patut menerima ucapan syabas kerana bersusah payah membawa lebih kuran 10 karton makanan Mamee hingga sampai ke puncak Bukit Broga. Tanpa mereka, Projek Smiles mungkin tidak akan sampai di Broga Hills.

Seramai lebih kurang 8 pendaki tegar memikul makanan ini dan menaiki puncak bersama beg haversack besar untuk diagihkan.

 

 

Sharing Smiles Broga Hills Sharing Smiles Broga Hills

 

 

Mengejutkan juga, bila sampai di atas puncak Broga Hills, kelihatan maskot Mamee Monster dan Mister Potato bersedia menyambut orang ramai. Apa lagi, masing-masing ambil kesempatan untuk bergambar dengan maskot kegemaran rakyat Malaysia ini. Paling gembira dan teruja adalah kanak-kanak yang turut dalam pendakian ini.

Lebih teruja bila sampai di puncak, dapat makan makanan free, produk keluaran Mamee Double Decker.

 

Sharing Smiles Broga Hills Sharing Smiles Broga Hills Sharing Smiles Broga Hills Sharing Smiles Broga Hills Sharing Smiles Broga Hills

 

Mungkin ramai yang masih belum tahu, Projek Smiles ini satu program berkongsi SENYUMAN kepada semua. Kami bukan berkongsi wang ringgit, tetapi kami berkongsi rezeki seadanya dengan rakan-rakan semua seboleh yang kami ada.

Kami bukan organisasi besar, kami hanya menyalurkan sedikit usaha dalam berkongsi keriangan untuk semua. Kami semua adalah Volunteer dan kami tidak bergaji. Usaha ini sekadar usaha kecil kami kepada society.

 

sharing+smiles+with+mamee

 

Kemuncak program Sharing Smiles with Mamee adalah contest untuk semua. Pemenang untuk game ini akan membawa pulang hadiah, satu unit Smartphone TP-Link Neffos C5 yang bernilai RM569. Menarik bukan?

Bagaimana pemenang dipilih? Kami adakan pertandingan ‘Makan Mamee Monster’. Seorang peserta ter’cepat’ yang menghabiskan makanan Mamee Monster ini, dia akan menerima hadiah tersebut.

 

 

neffos+c5+giveaway neffos+c5+giveaway

 

 

Akhirnya, adik Atikah dari Sekolah Tahfiz berjaya mengalahkan rakan-rakan lain dan beliau berjaya membawa pulang satu unit smartphone Neffos C5. Yeay!!! Tahniah dik, nanti guna smartphone tu seeloknya.

Pihak Blooggers Media mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan dan juga blogger yang turut sama sertai aktiviti kali ini. InsyaAllah, kalau tidak ada aral melintang, kami akan usahakan aktiviti sosial dan kemasyarakatan seperti ini di lain tempat.

Projek Smiles adalah projek Blooggers Media di sokong oleh tajaan utama Mamee Double Decker, Neffos Malaysia dan juga Santai Travel sebagai majalah rasmi.

 

neffos+c5+giveaway+winner

mamee 45th anniversary

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.