GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Alexa Rank Blog Travel MrJocko Kembali Melonjak

Selepas beralih dari hosting Blogspot ke WordPress pada April 2015, tahun lepas, nampak ketara penurunan pembaca atau Unique Visitor untuk blog Travel MrJocko. Lagi ketara bila lihat Alexa Rank bagi blog jatuh merudum dan mencecah hingga tangga ke 3,000,000 dalam kategori Global dan tangga 20,000 dalam kategori Malaysia. Namun selepas beberapa hari setting balik apa yang perlu, Alexa Rank Blog Travel MrJocko Kembali Melonjak naik.

Puas hati bila melihat ranking Travel Blog MrJocko dari tangga 5,800,000 Global melonjak naik hingga ke tangga 680,000 Global hanya dalam masa beberapa hari. Travel Blog MrJocko juga kebali berada dalam list ranking Alexa Malaysia di tangga ke 6,551.

Baca : Rahsia dan Tips Tarik Pembaca Ke Blog

 


Alexa Rank Blog Travel MrJocko

Alexa Rank Blog Travel MrJocko Kembali Melonjak
 

Bukan setakat Alexa Rank Blog Travel MrJocko sahaja, pembaca yang mengikut kisah travel MrJocko, membaca tips travel dan informasi tentang travel kembali meningkat dan kini mencecah purata 1,000 – 1,500 Visitors dalam sehari. Salah satu sebab, mungkin setting untuk SEO dan sedikit pengubahsuaian memberikan ruang kepada Google untuk masuk ke blog MrJocko dan kongsikannya di page carian Google.com.

 

 

travel-blogger-unique-visitors-daily-malaysia

 

Tips untuk teknik penulisan SEO dan keyword terbaik di blog, pernah MrJocko kongsi di entry ini – Tips Teknik Penulisan SEO dan Keyword. Harap dapat berikan anda maklumat yang berguna. Untuk anda yang berminat untuk menaikkan trafik blog pula, mungkin boleh baca entry MrJocko ini. Harap sedikit sebanyak ia dapat membantu 15 Tips Naikkan Trafik Blog

Bila usaha selama ini semakin berhasil, harap ia akan terus melonjak ke tangga Ranking Alexa yang terbaik. Selama mrJocko menulis, Alexa Rank terbaik ialah pada sekitar Sept 2013 dengan kedudukan tangga ke-549. Semoga kali ini ada rezeki untuk cecah tangga bawah 500 dalam kedudukan di Malaysia. Aminnn.

Teruskan support Blog Travel Blogger MrJocko ini 🙂

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.