GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kempen IPC Cuti-Cuti Raya Dengan Sokongan Tourism Malaysia

Meraikan Hari Raya bukan sekadar keseronokan mencari baju raya yang sempurna, atau keseronokan menjamu makanan lazat. Ia adalah suatu masa untuk bersyukur terhadap keluarga dan rakan-rakan, serta tempat kediaman kita. Tahun ini, Kempen IPC Cuti-Cuti Raya Dengan Sokongan Tourism Malaysia telah meluaskan lagi erti kata rumah kepada destinasi-destinasi percutian di Malaysia yang merangkumi pantai, pulau dan hutan hujan tropika melalui kempen “Cuti- Cuti Raya”. Kempen ini akan bermula dari 23 Jun hingga 10 Julai 2016.

ini kali pertama IPC berkerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mengalakkan rakyat Malaysia supaya menghargai keindahan alam semula yang terdapat di negara kita. Sambutan sepanjang bulan ini lazimnya melihat beribuan rakyat Malaysia balik ke kampung masing-masing untuk bertemu keluarga serta melawat saudara-mara. Kebanyakan kampung tersebut berdekatan dengan tempat percutian yang menarik di mana mereka boleh meluaskan lagi aktiviti Raya dengan keluarga dengan melakukan aktiviti berkhemah atau menyelam lautan dalam.

Kempen IPC Cuti-Cuti Raya

Kempen IPC Cuti-Cuti Raya

“Trend pada hari ini adalah di mana rakyat Malaysia melancong ke luar negara ketika cuti Raya. Tanpa pengetahuan mereka, masih banyak lagi yang dapat kita diterokai di negara yang indah ini, ” kata Encik Loh Long Chiang, Pengurus Pusat IPC.

“Malaysia dipenuhi hutan rimba dari Timur ke Barat. Sesetengahnya masih belum diterokai dan masih terjaga. Malaysia dikelilingi pulau-pulau yang indah dengan air laut yang biru dan jernih, serta pantai-pantai berpasir lembut, sesuai untuk perkelahan keluarga dan bermakan angin,” katanya.

Kempen IPC Cuti-Cuti Raya IPC Cuti-Cuti Raya IPC Cuti-Cuti Raya

Untuk menginspirasikan para pelanggan tentang destinasi percutian yang kurang dikenali di Malaysia, IPC berusaha menjadikan adaptasi landskap tropika di Malaysia. Bersedia untuk mengeluarkan kamera anda dan melalui hutan tropika, rumah-rumah pantai yang berwarna-warni, dan membaca fakta-fakta menarik berkenaan lokasi-lokasi terpilih seperti Pulau Sembilan, Perak.

Pembeli-belah dapat memperolehi pelbagai maklumat mengenai destinasi pelancongan kita, mengagumi gambar-gambar yang cantik bagi tempat tersebut di “Galeri Hutan Rimba”, serta mendapatkan bantuan rancangan perlancongan dengan mudah dan berpatutan daripada agensi-agensi pelancongan yang disediakan.

Kempen IPC Cuti-Cuti Raya Kempen IPC Cuti-Cuti Raya

Sambil itu, pembeli-belah digalakkan menyerti peraduan ‘Complete the Scene’ dan merebut peluang memenangi pakej pelancongan yang menarik serta voucher membeli-belah bernilai RM600! Bagaimana untuk mengambil bahagian? IPC akan muat naik 1 tema setiap minggu selama 3 minggu pada halaman Facebook dan Instagram. Pembeli-belah hanya perlu ‘Like’ dan ikuti Facebook dan Instagram IPC Shopping Centre, pergi ke lokasi pameran “Cuti-Cuti Raya” dan tangkap gambar yang paling kreatif mengikuti tema tersebut. Lepas itu, muat naik pada Facebook atau Instagram dengan hashtag #IPCCutiCutiRaya dan #IPCShoppingCentre. Nantikan  pengumuman pemenang pada setiap minggu!

Bukan itu sahaja! Sebagai tanda penghargaan, IPC telah menawarkan baucer Raya kepada pembeli-belah yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 di mana-mana saja dalam IPC Shopping Centre. IPC juga akan memberikan penghidang kek bertingkat edisi terhad dengan pembelian sekurang-kurangnya RM800 dalam satu resit atau kombinasi dua resit yang didapati pada hari urusniaga yang sama, sementara stok ada.

Si kecil dapat menikmati pelbagai bengkel kreatif seperti membuat Kad Raya serta membina terrarium kertas, pulau-pulau kecil dan kereta daripada bahan kitar semula.. Selain itu, jangan terlepas persembahan ‘angklung’, tarian budaya “Dikir Barat” dan tarian Borneo.

Kempen IPC Cuti-Cuti Raya 08 Kempen IPC Cuti-Cuti Raya

“Di IPC, kami mengamalkan ‘edu-taining’, iaitu gabungan pendidikan dan hiburan yang seimbang. Selain bersyukur pada destinasi percutian dan tarikan yang berbeza, kami juga ingin menghargai perkara yang menjadikan Malaysia begitu istimewa, iaitu kepelbagainan makanan dan budaya kita. Setiap negeri mempunyai hidangan dan amalan masing-masing, namun bukan setiap warga Malaysia sedar tentangnya, dan ia adalah hasrat kami untuk memberi inspirasi serta mengkongsikannya kepada orang ramai,” tambah Cik Karyn Lim, Pengurus Pemasaran IPC Shopping Centre.

Kempen IPC Cuti-Cuti Raya

Budaya bukanlah satu-satunya perkara yang IPC ingin memupukkan. Setiap bahagian pameran tersebut mempunyai maklumat tentang cara-cara seseorang pelancong boleh mengambil bahagian dalam pemuliharaan alam sekitar melalui ‘voluntourism’ – suatu program sukarelawan untuk pelancong. Terdapat beberapa organisasi penyelamat haiwan liar dan pencinta alam sekitar yang menyediakan aktiviti-aktiviti untuk kumpulan dan keluarga supaya kanak-kanak pun boleh mengambil bahagian. 

Pastikan Raya ini menjadi satu kenangan yang indah dan berbaloi dengan pergi bercuti dengan keluarga dan rakan-rakan, terutamanya selepas bertungkus lumus membuat persiapan Hari Raya. 

MrJocko sendiri melihat, banyak promosi percutian sempena dengan musim cuti raya kali ini. Ia umpama trend baru masyarakat Malaysia, bercuti disekitar lokasi kampung mereka bila pulang berhari raya. Sambil menyambut lebaran, sambil bercuti. Menarik jugak bukan???

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.