GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Menu Halal Di Restoran Dalam Narita International Airport

Ada menu halal tak di Narita Airport? Sebenarnya ada. Ada beberapa restoran menyediakan menu makanan Halal di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Untuk artikel kali ini, MrJocko nak kongsi info tentang Menu Halal Di Restoran Dalam Narita International Airport. Ada 3 restoran yang diiktiraf oleh badan berwajib seperti Malaysia Halal Consultation & Training Agency.

Antara restoran di dalam Narita International Airport yang menyediakan menu makanan halal ialah Kineya Mugimaru Restaurant, Tentei Tempura Restaurant and La Toque Restaurant.

 

Menu Halal Di Narita Airport

 

Menu Halal Di Restoran Narita International Airport

 

Untuk info, Restoran Kineya Mugimaru menyediakan menu masakan ‘homemade udon noodles’ yang memang terkenal dengan cara masakan orang Jepun tetapi dibuat dengan mematuhi peraturan dan juga mendapat Certificate Halal. Restoran ini terletak sebelum Passport Control di Terminal satu, berada di Tingkat 5 bangunan utama.

Sementara itu, Restoran Tentei Tempura, sudah pasti dengan menu kepelbagaian Tempura yang memang terkenal di Jepun. Kalau anda seorang yang suka makan tempura, boleh cuba menu di sini. Tentei Tempura terletak di tingkat 4, bangunan utama sebelum Passport Control Terminal 2.

Akhir sekali, menu di Restoran La Toque menyediakan menu masakan kari. Nak cuba menu kari cara orang Jepun masak, boleh la cuba di La Toque Restaurant. Ia terletak di tingkat 4, bangunan utama, juga sebelum Passport Control Terminal 2.

Kesemua restoran ini tidak menjual minuman Alkohol, mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh penasihat Halal mereka.

 

restoran_halal_narita_airport restoran_halal_narita_airport

tentei_halal_Narita_airport

halal restaurant at Narita Airport

halal restaurant at Narita Airport la_toque_halal_Narita_2

 

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.