GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Muslim Prayer Rooms Di Narita International Airport Japan

Untuk pengembara atau pelancong yang beragama Islam, anda tidak perlu lagi risau untuk menjalankan ibadah solat jika berada di Narita International Airport Jepun. Ini kerana, pihak lapangan terbang sudah menyediakan beberapa bilik Solat untuk kemudahan orang Muslim ketika berada di Narita Airport. MrJocko akan berkongsi sedikit info tentang Muslim Prayer Rooms Di Narita International Airport Japan sebagai panduan bersama.

Muslim Prayer Rooms

Muslim Prayer Rooms Di Narita International Airport

 

Sebenarnya, bila sebuh pasal Muslim Prayer Rooms Di Narita International Airport, bukan sahaja ada satu atau dua bilik Solat yang disediakan untuk pengembara atau pelancong Muslim, tetapi ada 6 bilik solat yang disediakan oleh pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Narita Jepun.

Bilik Solat untuk Muslim ini disediakan di Terminal 1, Terminal 2 dan juga di Terminal 3. Ada satu bilik Solat berada di lokasi sebelum kaunter Passport Control dan satu lagi berada selepas Passport Control, di ruangan perlepasan. Bermaksud, di setiap Terminal penerbangan di Narita International Airport, mereka menyediakan 2 ruang bilik solat untuk kegunaan Muslim.

 

 

Muslim Prayer Rooms Di Narita International Airport Prayer Rooms Di Narita International Airport Japan 2 Prayer Rooms Di Narita International Airport Japan 3 Prayer Rooms Di Narita International Airport Japan 4 Muslim Prayer Rooms Di Narita International Airport Prayer Rooms Di Narita International Airport Japan 6

 

 

Untuk memudahkan anda mencari lokasi bilik Solat atau Muslim Prayer Rooms di Terminal Narita International Airport, MrJocko kongsi lokasi peta setiap bilik Solat Muslim di Narita Airport ini untuk memudahkan anda mencarinya. 

Di Terminal 1 Narita Airport, bilik Solat Muslim terletak di Tingkat 5 sebelum Passport Control dan selepas Passport Control berada di Tingkat 2.

Di Terminal 2 Narita Airport, bilik Solat Muslim terletak di Tingkat 1 sebelum Passport Control dan selepas Passport Control berada di Tingkat 1, berdekatan dengan Gate 70.

Di Terminal 3 Narita Airport, bilik Solat Muslim terletak di Tingkat 2 sebelum Passport Control dan selepas Passport Control berada di Tingkat 3, berdekatan dengan Gate 151.

Bilik solat yang disediakan di Narita International Airport agak luas dan juga selesa untuk kegunaan kaum Muslim bila tiba waktu Solat. Ia memang khas dijaga sebaiknya dan memang memuaskan.

muslim-prayer-rooms-narita

Harap info tentang lokasi bilik solat atau Muslim Prayer Rooms di Narita Airport ini akan memberikan anda keselesaan dan dapat dikongsi dengan rakan-rakan Muslim lain jika mereka travel ke Narita International Airport Japan.

Harap info tentang Muslim Prayer Rooms Narita International Airport ini akan memberi manafaat kepada semua 🙂 Selamat Melancong ke Jepun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.