AirAsia Runway Ready Designer Search Ready To Wear
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

AirAsia Runway Ready Designer Search Ready To Wear 2016 Di KLFWRTW

Pertama kali MrJocko di jemput untuk event AirAsia dalam kategori Fesyen. Kali ini, untuk event mereka AirAsia Runway Ready Designer Search Ready To Wear 2016 yang berlangsung sempena dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2016. Seminggu mereka-mereka yang memang terlibat dalam dunia fesyen berkampung di sini.

Ses yang MrJocko sertai adalah antara sesi yang menjadi pilihan ramai. AirAsia Runway Designer Search Ready To Wear 2016 yang sudah mempunyai ramai follower dan peminat sejak ia mula dimulakan.

Baca : Cerita Tentang Penerbangan AirAsia dan AirAsiaX

AirAsia Runway Ready Designer Search Ready To Wear 2016

AirAsia Runway Ready Designer Search Ready To Wear 2016 Di KLFWRTW berlangsung dengan meriahnya di Pavilion Kuala Lumpur bersempena dengan Minggu Fesyen

 

Seramai lima belas bakat muda dari rantau Asean mempamerkan rekaan mereka di pusingan akhir pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search Ready To Wear 2016 yang berlangsung di Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2016 #KLFWRTW2016. Pencarian pereka muda ini ialah inisiatif AirAsia telah dilanjutkan ke lima buah negara Asean berikutan kejayaan pada tahun 2015.

Siapa Pemenang AirAsia Runway Ready Designer Search Ready To Wear 2016 di Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2016? Kali ini, pereka fesyen dari Thailand, Anuruq Jaidee dinobatkan sebagai  Pemenang AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 dan membawa pulan hadiah menarik tajaan AirAsia, Fashion Valet dan tajaan lain. Beliau juga bakal mempamerkan rekaan beliau di KL Fashion Week 2017 tahun hadapan.

 Pemenang AirAsia Runway Ready Designer Serch 2016
Rekaan Anuruq Jaidee

 Pemenang AirAsia Runway Ready Designer Serch 2016  Pemenang AirAsia Runway Ready Designer Serch 2016  Pemenang AirAsia Runway Ready Designer Serch 2016 AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 01 Loh Teik Lim - Malaysia AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 01 Mary Camille Veloso - Philippines AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 01 Sara Devina Susanto - Indonesia AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 01 Stefani Amanda - Singapore
 

Secara peribadi, ini adalah kali pertama MrJocko sertai majlis seperti ini. Kiri dan kanan adalah mereka yang memang mereka yang meminati fesyen. Gaya pakaian lelaki dan perempuan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2016 memang bergaya dengan rekaan terkini. Samada yang datang adalah artis, vip atau juga wakil media, masing-masin bergaya dengan gaya masing-masing.

Untuk yang meminati fesyen, event seperti ini pasti event yang ditunggu-tunggu. Jika anda seorang yang minat berfesyen atau mungkin ada bakat dalam bidang rekaan fesyen, apa kata sertai cabaran dari AirAsia ini tahun depan.

Tunggu peluang untuk daftar di AirAsia Runway Ready Designer 2017 dan mungkin anda adalah pemenang designer pakaian terbaik seluruh Asean 🙂
 

gaya kl fashion week 2016
 

Bagaimana gaya blogger MrJocko ketika Kuala Lumpur Fashion Week 2016 ini? Macamana pula dengan Gaya Personaliti Blogger dan Gaya MrJocko Berfesyen ini? Ada gaya tak? Atau tak ada stailista ??? Ekekekek

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

   
RSS
Instagram